Zizan selesa Mira baik orangnya
Pengacara dan pelawak popular Zizan Razak menafikan bercinta dengan pelakon Mira Filzah namun mengakui mereka rapat.
Zizan berkata, dia tahu ramai peminat membuat andaian mereka sedang menjalin hubungan istimewa.
“Sebagai selebriti, saya tidak boleh lari daripada andaian orang. Malah apa saja tanggapan peminat mengenai hubungan saya dengan mana-mana wanita, itu di luar kawalan saya.
“Sebelum ini saya berkawan rapat dengan beberapa artis, malah ada yang tidak rapat pun kami dianggap ada hubungan.
“Begitu juga dengan Mira. Saya mula mengenalinya ketika sama-sama mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH tahun lalu dan kami berkawan sampai hari ini,” katanya.
Ditanya andai ditakdirkan Mira menerimanya sebagai kekasih, Zizah berkata dia berserah kepada ketentuan takdir.
“Jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah. Apa yang boleh saya katakan, saya selesa berkawan dengan Mira dan orangnya pun baik,” katanya.
Sementara itu, Mira menjelaskan hanya menganggap Zizan sebagai kenalan artis meskipun peminat mendoakan mereka bercinta.
“Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu trend apabila gandingan kami dalam telefilem terbitan Astro nampak serasi.
“Soal jodoh saya serahkan kepada Allah SWT untuk menetukan siapa bakal suami saya nanti,” katanya.
The post Zizan selesa Mira baik orangnya appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p2Jp4b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment