Hotel Bangkok Ini Bagi Anda Jadi ‘Banduan’
SELALU kalau kita cakap tentang percutian, sudah semestinya terbayang-bayang dalam kepala hotel lima bintang yang ada jakuzi, tab mandi ataupun private pool.
Tapi, pernah tak kita terbayang untuk bercuti dekat tempat yang tak pernah terlintas di minda seperti di penjara?
Haaa.. baru-baru ini ada sebuah hotel yang berkonsepkan ala-ala penjara yang terletak di Bangkok, Thailand. Katanya, hotel Sook Station ini hotel pertama yang berkonsepkan seperti ini di sana.
Hotel rare ini terletak di Sukhumvit, Jalan Bangna, Bangkok dan diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Sittichai Chaivoraprug dan Piyanat Teekavanich.
Hotel ini direka bentuk seakan-akan penjara kerana pasangan ini mendapat idea dan inspirasi dari filem The Shawshank Redemption yang pernah ditayangkan pada tahun 1994.
Menurut mereka lagi, hotel ini dapat memberi pengalaman kepada pengunjung untuk merasai kehidupan seperti dalam penjara.
Untuk mendapatkan suasana sama seperti penjara, persekitarannya juga direka sama seperti tempat tinggal banduan itu seperti pintu besi yang berwarna hitam dan tingkap bilik yang kecil.
Apa yang menariknya, pengunjung yang menginap di hotel ini turut diberikan pakaian belang hitam putih sama seperti pakaian banduan. Menarik bukan?
Bukan itu sahaja, kunci bilik dan kad akses yang selalu kita dapat semasa check-in tidak diberikan oleh pekerja hotel, sebaliknya mereka akan menggantikan barang-barang tersebut dengan papan rekod jenayah serta nombor banduan.
Dengar-dengarnya hotel unik ini turut menyediakan tandas dan bilik air di bahagian bumbung hotel tersebut.
Maksudnya, dalam bilik tak adalah tandas ataupun bilik air. So, dah macam ada dekat penjara in real lifelah kan?api, jangan risau bagi mereka yang mungkin inginkan sedikit privasi, hotel ini turut menyediakan tab mandi. Bilik mesyuarat dan ruang istirehat pun ada tau.
Khabarnya harga penginapan yang ditawarkan semalam ialah 30 pound (RM167) dan hotel ini semakin mendapat tempat di hati pelancong asing dan juga backpackers Malaysia.
Rasa-rasanya dah bolehlah kot kumpul duit untuk menginap dekat hotel penjara di negara jiran kita ini.
Makanya, janganlah buat-buat jahat atau perkara yang tak sepatutnya dengan alasan nak makan free dalam penjara sebab sekarang anda dah boleh rasa sendiri pengalaman itu dekat Thailand saja! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vQebvp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment