Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siasatan Kes Mercun Pada Perlawanan M’sia-Thai Selesai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siasatan Kes Mercun Pada Perlawanan M’sia-Thai Selesai


SHAH ALAM – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes letupan mercun pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam, tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam DCP Shafien Mamat berkata kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan lanjut.

Hari ini polis membebaskan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan susulan kejadian itu selepas polis selesai mengambil keterangannya, kata Shafien ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan polis menahan remaja berkenaan ketika dia sedang beratur untuk keluar dari stadium selepas perlawanan yang menyaksikan Thailand mempertahankan pingat emas yang mereka menangi dua tahun lalu di Singapura.

Siasatan lanjut polis ke atas rumahnya di Klang pada keesokan hari menemukan 40 biji mercun yang belum digunakan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wowifz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.