Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukaan Kamera Boleh Ubah Samsung Galaxy S9 Mungkin Berfungsi Seperti Ini. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukaan Kamera Boleh Ubah Samsung Galaxy S9 Mungkin Berfungsi Seperti Ini.

Kurang dari sebulan sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S9 dilancarkan secara rasmi. Pelbagai maklumat mengenai rekaan, spesifikasi dan fungsi baru telahpun tertiris jauh lebih awal. Antara fungsi yang bakal diperkenalkan ialah bukaan kamera yang boleh diubah-ubah mengikut situasi pencahayaan tertentu.

Kamera utama Galaxy S9 boleh diubah nilai bukaannya dari f/2.4 ke f/1.5 menggunakan sistem mekanikal yang terlebih dahulu digunakan pada Samsung W2018. Kerana peranti ni tidak dijual di Malaysia ramai mungkin tertanya-tanya bagaimanakah rupa sistem ini?

Video di atas menunjukkan sistem ini berfungsi pada sebuah Samsung W2018. Sistem bukaan yang digunakan mirip seperti yang boleh ditemui pada kamera DSLR/Mirrorless. Masa yang diambil untuk bukaan berubah saiz juga amat pantas. Sejauh manakah kebaikan sistem ini berbanding sistem sedia ada hanya akan diketahui apabila kami mengulas Galaxy S9 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DD4QMk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.