Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Ganjaran lumayan seiring tugas berat' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Ganjaran lumayan seiring tugas berat'

KUALA LUMPUR: Pengendali pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Zulhamizan Zakaria menegaskan ganjaran lumayan yang dijanjikan kepada dirinya dan The Cops sekiranya muncul juara Liga Perdana musim ini, seiring dengan tanggungjawab besar yang digalas.

Menurut bekas jurulatih Kuantan FA itu, beliau tidak mahu memikirkan ganjaran berkenaan, sebaliknya mahu ia dijadikan pembakar semangat untuk diri dan anak buahnya berusaha keras untuk layak beraksi di kancah Liga Super musim depan.

"Ganjaran yang dijanjikan pihak pengurusan itu sememangnya lumayan, namun ganjaran itu juga datang dengan tugasan berat yang perlu saya pikul apabila membimbing pasukan mengharungi musim ini.

"Malah, berdasarkan ganjaran itu, pengurusan sudah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu saya capai untuk saingan musim 2018.

"Namun, saya melihat situasi ini sebagai satu cabaran dan saya mengharapkan anak buah saya dapat membantu pasukan meraih kejuaraan Liga Perdana musim ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada majlis pelancaran pasukan PDRM 2018 di Putrajaya malam tadi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Penaung Persatuan Bolasepak PDRM (PDRM FA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan ganjaran RM500,000 kepada pasukan itu sekiranya menjuarai Liga Perdana musim ini.

Ahmad Zahid berkata, Zulhamizan juga akan diberikan insentif sebanyak RM100,000 jika berjaya menghadiahkan kejuaraan Liga Perdana kepada skuad itu sekali gus layak beraksi di Liga Super musim 2019.

Mengulas lanjut perkembangan pasukannya itu, Zulhamizan mengakui tidak berdepan masalah mengendalikan The Cops walaupun baru menyertai mereka dua bulan lalu selepas meninggalkan Kuantan FA.

"Walaupun saya masih baru namun saya pernah bekerja dengan sebahagian besar pemain dalam pasukan ini. Jadi, mereka memahami pendekatan taktikal dan strategi yang mahu saya terapkan bagi musim ini.

"Setakat ini, tiada pemain yang mengalami kecederaan serius dan dalam tempoh masa seminggu ini, saya akan mempersiapkan pasukan yang lebih baik bagi membuka kempen Liga Perdana nanti," katanya.

Anak buah Zulhamizan akan bertemu pendatang baharu Liga Perdana, FELCRA FC pada aksi pertama yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.



Sumber 'Ganjaran lumayan seiring tugas berat'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DCyVLP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.