Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengarah Ocean’s Eleven Ingin Menghasilkan Filem Yang Dirakam Guna iPhone Sahaja Di Masa Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengarah Ocean’s Eleven Ingin Menghasilkan Filem Yang Dirakam Guna iPhone Sahaja Di Masa Hadapan

Steven Soderbergh ialah pengarah yang cukup disegani di Hollywood. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Oscar, Palme D’or dan Emmy. Antara filem beliau yang paling popular ialah trilogi Ocean’s. Beliau baru sahaja selesai menghasilkan filem Unsane yang dirakam sepenuhnya menggunakan sebuah iPhone.

Di dalam temuramah bersama Indie Wire, beliau berkata tidak akan teragak-agak untuk menghasilkan filem hanya menggunakan iPhone di masa hadapan. Menurut beliau apabila dipaparkan pada skrin sebesar 40 kaki, kualiti rakaman 4K sebuah iPhone “adalah seperti baldu”. Sekiranya anda tidak diberitahu ia dirakam menggunakan telefon, ramai tidak dapat membezakan kualiti rakaman.

Steven Soderbergh bukan pengarah pertama yang merakam filem menggunakan iPhone. Pada tahun 2015 filem Tangerine dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 5S. Olive yang dihasilkan pada 2011 pula ialah filem pertama dirakam menggunakan telefon iaitu sebuah Nokia N8.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GkNOEm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.