Hi! Welcome Back and Stay Tune! Altimet dedah cubaan Iqram Dinzly muncul ketika persembahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Altimet dedah cubaan Iqram Dinzly muncul ketika persembahan

GELAGAT pelakon Iqram Dinzly yang tiba-tiba muncul menari di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) ketika Hael Husaini menyanyikan kembali lagu Jampi selepas diumumkan sebagai juara Ahad lalu,  masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.

Ada yang melihat aksi Iqram itu sebagai mencuit hati, namun tidak kurang juga yang menganggap ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku pada acara siaran langsung sebuah majlis berprestij.

Rupa-rupanya Iqram bukan hanya teruja untuk naik ke pentas ketika penghujung acara itu, tetapi turut membuat cubaan untuk muncul di pentas ketika penyanyi Altimet membuat persembahan menerusi lagu Amboi.

Altimet yang dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik mendedahkan kejadian tersebut di akaun Twitter miliknya.

“Baru dapat tahu, masa #AJL32 hari itu, Che Iqram nak naik stage masa aku perform. Syabas sebab lindungi dia dari ‘kecederaan’.

“This is hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas, kau naik juga.. siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit,” tulis Altimet dalam nada penuh sinikal.

Tambah Altimet lagi, sebaik sejurus melihat kelibat Iqram muncul di pentas ketika Hael menyanyikan sekali lagi Jampi yang diangkat sebagai juara, dia terus meninggalkan pentas.

“Sebab tu masa kau naik stage,bila juara nyanyi lagi sekali, aku chow. Tak nak keruhkan keadaan,” jelasnya.


Perkongsian ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengikut Altimet di Twitter.

Malah penyanyi yang kini sibuk dengan pementasan Ola Bola The Musical di Istana Budaya ini sempat sempat menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang bertanya, apakah dia akan mencederakan Iqram sekiranya pelakon itu benar-benar naik ke pentas ketika dia membuat persembahan.


“Saya mengatakan, anda mungkin akan menyaksikan satu persembahan yang akan diingati,” balasnya.

Sumber Altimet dedah cubaan Iqram Dinzly muncul ketika persembahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBnP98

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.