Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Kisah Black Panther Party Yang Kau Perlu Tahu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Kisah Black Panther Party Yang Kau Perlu Tahu

Julai 1966, watak Black Panther dilahirkan oleh Stan Lee, terpampang pada muka depan komik Fantastic Four, watak fiksyen hero berkulit hitam pertama. Sasarannya sudah tentu untuk memecah pasaran pembaca berkulit hitam di sana. Tapi artikel ini bukan nak bercerita pasal movie Black Panther tapi sebuah organisasi sosialis bersenjata di Oakland Amerika.

Pada Oktober tahun yang sama juga satu parti berhaluan kiri berasaskan bangsa African Americans telah ditubuhkan oleh Huey Newton dan Bobby Seale. Ianya wujud atas ketidakpuasan hati penindasan polis US ke atas masyarakat kulit hitam ketika itu. Ianya juga tindakbalas pada pertubuhan kumpulan rasis Klu Klux Klan. Kumpulan ini akan memantau kegiatan pihak polis di kawasan komuniti kulit hitam dan melawan jika di rasakan dizalimi.

Sebagai ahli black panther, trademark mereka mudah. Bersuit hitam dari atas hingga ke bawah, berjaket kulit gelap dan bertopi beret hitam.

Pertubuhan itu berkembang dengan agresif sehinggakan FBI terpaksa menubuhkan pasukan tindakbalas khas COINTELPRO. Pasukan khas ini ditubuhkan dengan tujuan untuk melemahkan, meruntuhkan sebarang aktiviti ‘pertubuhan nasionalis kulit hitam yang berasaskan kebencian’. Pengarah ketika itu J. Edgar Hoover menyifatkannya sebagai ancaman dalaman terbesar US ketika itu. Dia juga dilihat risau dengan jika lahirnya nanti ‘seorang Messiah berkulit hitam’.

Pemimpin tertinggi Black Panther juga dilihat menjalinkan hubungan rapat dengan pemimpin komunis Mao Zedong dengan lawatan ke China Mao Zedong, melawat Pyong Yang dan singgah di Vietnam Utara.

1967, ketua mereka Huey Newton bertempur dengan anggota polis dan membunuh seorang daripadanya. Dan dia dipenjara.

Kemuncaknya pada penhujung 60an, parti itu mempunyai 2000 ahli dan 68 cawangan di seluruh Amerika. Mereka melibatkan diri dengan program kebajikan, khidmat masyarakat, jualan suratkhabar, dan sekolah komuniti. Antara program mereka yang berjaya ialah Program sarapan percuma untuk kanak-kanak. Sebanyak 20,000 hidangan untuk kanak-kanak berjaya disediakan di seluruh Amerika.

1968, aktivis Martin Luther King mati dibunuh. Pasukan Black Panther bertindak balas. Seorang anggota Bobby Hutton 17, menjadi ahli Black Panther pertama yang terbunuh dengan pihak polis.

Sebagaimana cepatnya mereka naik. Begitu cepatnya juga mereka turun. Dengan masalah dalaman, ketidakfahaman, penglibatan dengan kriminal, kes pembunuhan dalaman dan pengedaran dadah. Pertubuhan ini mula goyang dan berpecah. Operasi COINTELPRO oleh FBI juga mula menampakan hasil. 1982, hanya tinggal 27 orang dan parti Black Panther dibubarkan sepenuhnya.

Dalam filem Forrest Gump 1994 ada trivia organisasi Black Panther Party di mana scene Forrest Gump membelasah kekasih Jenny di kawasan Black Panther. Di situ juga pertama kali aku perasan kewujudan kumpulan ini.

Muhamad Khair



Sumber Ini Kisah Black Panther Party Yang Kau Perlu Tahu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ExyQ0o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.