Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Apa yang janggal? Apa bezanya? Pergi AJL buat apa? Bukan maksiat? Bukan haram?” – Iqram Dinzly - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Apa yang janggal? Apa bezanya? Pergi AJL buat apa? Bukan maksiat? Bukan haram?” – Iqram Dinzly

Pelakon Iqram Dinzly membuat penampilan mengejut di pentas Juara Lagu minggu lalu sewaktu penganjur leka. — Foto ihsan Intagram/Iqram Dinzly

Tiada yang janggal menari di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana semua yang hadir mahu bergembira, kata Iqram Dinzly.

Pelakon 36 tahun itu berkata penampilannya bersama Juara Lagu Hael Husaini tiada beza dengan artis yang menari semasa slot irama 1960-an malam itu.

“Apa yang janggal? Apa bezanya? Habis semua yang bergembira di sana, ada bezanya? Pergi AJL buat apa? Bukan maksiat? Bukan haram?

“Ada yang melompat dan terkinja-kinja boleh pula?” soal Iqram ketika ditemui ProjekMMO selepas AJL ke-32 di sini.

 

 

Pelakon drama Dunia Baru mencuri peluang menari bersama Hael selepas “Jampi” dinobatkan Juara Lagu ke-32 hujung minggu lalu.

Beliau juga dilaporkan beberapa kali mahu membuat penampilan mengejut semasa persembahan Altimet namun sempat dihalang pihak produksi.

Iqram berkata apa yang dimahukan kini adalah sejumlah wang RM369,000 bagi meneruskan aktiviti perniagaannya.

“Sekarang ini saya perlukan duit dan penderma. Paling sedikit RM369,000 untuk bisnes,” katanya, tanpa menjelaskan perniagaan tersebut.

“Syukur kalau ada yang hendak beri. Saya perlukan duit yang berkat.”

Kegiatan lakonannya belum tertutup, namun enggan menggunakan nama sebenar.

“Ada saya cakap saya tidak mahu berlakon? Saya cakap saya matikan Iqram Dinzly, itu saja,” katanya.

Mengulas mengenai aksi peliknya di Instagram, Iqram berkata beberapa akaun media sosialnya pernah disekat sebelum ini.

Katanya, sekatan itu tidak sedikit pun menghalang usahanya menerbitkan video menggunakan akaun Instagram lain.

“Tiga akaun saya sebelum ini sudah disekat tetapi baru-baru ini saya dihalang daripada mengirim video.

“Mereka pendekar hasad dengki. Saya sudah biasa semua itu sejak kecil lagi orang tidak puas hati. Saya terima saja dengan reda,” katanya.

Sumber: Projek MMO



Sumber “Apa yang janggal? Apa bezanya? Pergi AJL buat apa? Bukan maksiat? Bukan haram?” – Iqram Dinzly

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKsjyM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.