Didakwa Cekik, Tumbuk Isteri
Seorang pekerja swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencekik leher dan menumbuk muka isterinya dalam pertengkaran yang berlaku di rumah mereka di Bukit Katil di sini, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd. Khairulnizam Shaari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Norlida Hanim Hamzah, 29, dengan cara mencekik leher dan menumbuk mulut mangsa dalam kejadian pada pukul 7 pagi di sebuah rumah di Bukit Katil pada 22 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DQuGfW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment