Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO & PAS : Hanya Kerana Wasiat Nik Aziz? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO & PAS : Hanya Kerana Wasiat Nik Aziz?





Kerjasama Pas dan UMNO bukan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebaliknya lebih cenderung kepada memenuhi wasiat atau kehendak Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, Pas dan UMNO bekerjasama semata-mata mencari jalan terbaik untuk melaksanakan Islam dalam masyarakat di negara ini agar hak serta kepentingan bukan Islam tidak terjejas.

“Walaupun benar bahawa Pas dan UMNO bekerjasama, jadi apa? Adakah itu lebih buruk daripada DAP bekerjasama dengan Dr Mahathir?

“Kerjasama Pas dan UMNO tidaklah sama buruknya dengan DAP bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Dr Mahathir.

“Malah Nik Aziz pernah berkata Pas tidak anggap UMNO sebagai musuh fana. Pas hanya tidak bersetuju dengan UMNO mengenai Islam. Sekiranya UMNO bersedia melaksanakan Islam, maka tiada keperluan wujudnya Pas,” katanya menerusi portal berita malaysia-today.net, semalam.

Raja Petra berkata, pemimpin Pas dan UMNO sepatutnya berhenti mempertahankan diri dan memohon maaf kepada penafian mereka selama ini terhadap kerjasama itu.

“Mengapa Pas dan UMNO menghabiskan banyak masa dan tenaga menafikan bahawa mereka bekerjasama? Sama seperti menafikan bahawa Najib mencuri RM42 bilion wang 1MDB.

“Mereka boleh menafikannya tetapi Pakatan Harapan masih menegaskan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah ‘hilang ke udara tipis’ walaupun kita semua tahu itu tidak benar,” katanya.

Tambah Raja Petra, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menjelaskan sebab dan faedah dalam kerjasama itu berbanding apa yang dilakukan antara DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jelaskan bahawa DAP bekerjasama dengan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Itu tidak berkhidmat kepada Islam atau Malaysia.

“Kerjasama Pas-UMNO adalah untuk agenda lebih besar dan bukan hanya berkhidmat kepada Islam tetapi memastikan keamanan antara orang Islam dan bukan Islam sambil menjamin kestabilan Malaysia,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DWkvGy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.