Paha Bersaiz Gajah? Lakukan Senaman Paha-Betis Ini Agar Kurus Dan Langsing Dalam Waktu Pantas!
Badan yang seksi dan sihat adalah dambaan setiap wanita. Tanpa perlu mengeluarkan belanjawan yang mahal tetapi bagaimana? Ya, anda boleh melakukan senaman yang membuat tubuh anda menjadi idaman dan iri hati semua orang.
Memetik halaman health.idntimes.com berikut 5 tips mudah untuk membentuk paha dan betis agar ramping tanpa pergi ke gym. Sukan ini boleh dilakukan dimana sahaja anda berada:
1. Jogging setiap pagi di halaman rumah
Berlari adalah senaman yang paling murah dan mudah, senaman ini dapat dilakukan di mana saja dan bila-bila waktu saja, selain membuat badan sihat, berlari juga membakar lemak, terutama pada bahagian paha dan betis.
2. Lari-lari kecil di tangga rumah
Melangkah naik tangga boleh dilakukan secara percuma di rumah. Selain membakar lemak, senaman ini mampu menguatkan kaki, paha, dan punggung. Sesuai dilakukan kaum hawa yang ingin memiliki punggung yang lebih montok dan tidak kendur.
3. Lunges
Lunges boleh dikatakan senaman paling tepat untuk kaum hawa. Senaman ini juga biasa dilakukan oleh para atlet. Lunges boleh mengencangkan otot paha dan juga punggung. Sukan ini berjaya membakar kalori secara maksima, lakukan lunges 10 kali untuk setiap kaki.
4. Jump squads
Senaman ini bagus untuk menguatkan paha otot dan mengencangkan kaki otot. Lakukan olahraga ini selama 10 kali dan ulangi hingga 2-3 kali.
5. Sumo squat
Gerakan ini boleh menguatkan kaki dan punggung, lakukan 15 hingga 20 kali. Gerakannya yang mudah, senaman ini sangat sesuai buat yang baru mula bersenam.
6. Yoga
Selain dapat membuat tubuh menjadi fit, yoga juga dapat mengurangi insomnia dan menurunkan tekanan darah.
Bagaimana? Adakah anda termotivasi untuk mempunyai paha dan betis yang langsing? Selamat mencuba! Oh ya, kongsikan artikel ini kepada keluarga dan sahabat handai.
Sumber: IDN Times
The post Paha Bersaiz Gajah? Lakukan Senaman Paha-Betis Ini Agar Kurus Dan Langsing Dalam Waktu Pantas! appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ExPSIV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment