'Inilah keajaiban isteri kita' - Suami terharu dengan pengorbanan isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya
Adalah menjadi tanggungjawab utama suami memberi nafkah kepada isteri. Terpulang kepada si isteri bagaimana cara dia mahu menggunakan duit nafkah itu. Apa yang penting, tanggungjawab memberi nafkah telah pun dilaksanakan.
Namun ada segelintir golongan isteri ini yang lebih gemar menyediakan payung sebelum hujan, berbanding kebanyakan yang menghabiskan saja duit nafkah. Kebaikannya, apabila si suami ditimpa masalah kewangan, 'tabung' isterilah yang akan banyak membantu keluarga dari terus terjatuh.
Sikap isteri confessor yang pandai menyimpan dan bersederhana dalam berbelanja ini wajar dijadikan sebagai contoh kepada golongan isteri di luar sana. Pada awalnya mungkin nampak sukar, inshaAllah lama kelamaan akan menjadi kebiasaan untuk membuat simpanan. Semoga bermanfaat.
SALAM min. Baru-baru ini saya ada duit nafkah RM300 pada isteri dan saya kata,
"Awak belilah apa yang awak nak. Tak payah susah-susah fikir kos lain. Abang akan settlekan."
Tetapi isteri saya ini jenis degil. Dia selalu pentingkan saya daripada dirinya sendiri.
Saya belum terima gaji lagi bulan ini. Jadi, tadi saya ada benda nak beli untuk hal projek kerja saya. Tetapi duit dalam dompet pula ngam-ngam pokai. Dan magiknya isteri saya macam tahu-tahu saja yang saya perlukan duit. Tak pasal-pasal dia hulur RM100 pada saya sambil senyum-senyum kenyit mata. Terharunya saya.
"Dari mana sayang dapat duit ini?" soal saya.
"Inilah duit yang abang bagi bulan-bulan pada sayang. Sayang simpan separuh untuk masa-masa begini, di masa memerlukan," jawabnya.
Allahu, duit nafkah itu sepatutnya untuk dia. Alahai.
Tuan-tuan, inilah keajaiban isteri kita ini kan. Betapa sayangnya mereka pada kita sampai sanggup membelakangi keperluan sendiri demi kita yang bergelar suami. Hargailah isteri masing-masing. Kami dah ada enam orang anak, tetapi dia sebagai isteri sanggup berkorban keperluannya sendiri demi berbelanja untuk anak-anak.
Duit nafkah seharusnya untuk diri dia sahaja, itu pun dia belanjakan untuk anak-anak lagi. Isteri saya ini, tak pernah saya nampak barang-barang dia yang branded. Bila saya tanya kenapa tak beli yang mahal-mahal sikit? Dia jawab, "...brand tak penting, yang penting boleh pakai sudah."
Isteri saya ini kaki bundle. Dia kata bunlde ini walaupun murah tetapi berkualiti. Alhamdulillah Allah kurniakan saya isteri seperti dia. Sedikit pun dia tak pernah nak menyusahkan saya.
Terima kasih isteriku.
Itu sajalah luahan saya. Saya berharap para suami di luar sana hargailah isteri masing-masing. Orang perempuan ini sesungguhnya mementingkan orang yang mereka kasihi melebihi dari diri mereka sendiri. Sungguh unik kaum wanita, kan?
Sumber 'Inilah keajaiban isteri kita' - Suami terharu dengan pengorbanan isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pJkXSE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment