Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tempat kerja adalah tempat untuk mencari rezeki, bukannya tempat untuk menggatal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tempat kerja adalah tempat untuk mencari rezeki, bukannya tempat untuk menggatal

Setuju benar dengan pandangan Khainis Tahir mengenai isu yang dibangkit di mana sudah terlalu banyak kes-kes skandal di pejabat sehingga meruntuhkan rumah tangga yang telah lama dibina dan menganiaya pasangan dan anak-anak yang tidak bersalah. 
Bak kata beliau, "tempat kerja adalah tempat untuk mencari rezeki, bukannya tempat untuk menggatal". Kebanyakan kes yang berlaku adalah disebabkan tiadanya batasan pergaulan, ditambah pula dengan golongan wanita yang suka melayan saja rakan sekerja lelaki yang meluahkan masalah rumah tanggannya. 
Perbuatan seperti ini perlu dihentikan, secara tidak sedar anda sedang menarik diri anda terjerumus sendiri ke kancah maksiat. Fikirkan isteri dan anak-anak yang menanti di rumah. Fikirkan juga, apa akibatnya di kemudian hari jika merampas hak orang. Semoga bermanfaat. 
AKU tak faham kenapa perempuan sekarang suka sangat dengan suami orang. Okey, I get it. Suami orang nampak lebih terurus, tak gopoh, pandai mengayat, pandai dress up, wangi, financially stable dan sebagainya. 
I was having this conversation with my mum few days ago, selepas dapat a weird text dari a married ex colleague. 
"Tomorrow you will be on site or in the office? I miss you. Wanna go lunch together?".
"I miss you"
Nampak macam harmless, kan. Tapi kalau melayan?
'Dear', 'Sayang', 'Beautiful', 'Pretty' bagai adalah panggilan yang tidak sepatutnya digunakan di tempat kerja. Tempat kerja adalah tempat untuk mencari rezeki, bukannya tempat menggatal. It's a professional setting. Dan kalau kita nak orang take us seriously at work, kita kena set some boundaries. No nonsense or hanky panky. 
An if you choose untuk 'tak kisah' atau 'anggap biasa saje', then itu terserah pada masing-masing. Mungkin you jenis yang open minded dan tidak kisah kalau suami awak panggil rakan sekerja (perempuan) dia 'sayang'. 
Kita ambil hak orang, orang akan ambil hak kita. Kenapa? Sebab that man is not a keeper. Senang saja untuk tackle dia. Why would you want to be with a man like that? 
Di office, boleh nampak banyak sangat scandals sebab orang office ini spend so much time together. Almost 10 hours everyday. Duduk sebelah menyebelah, lunch sama-sama, kena overtime sama-sama, kena hamput dengan boss sama-sama, semua perkara buat sama-sama. Lebih bahaya kalau ada yang terlebih peramah dalam team. 
Masuk saja office, mulalah menggatal. 
"Waaa, today you look so pretty. New lipstick?" 
Mula-mula flirting biasa-biasa saja. Kemudian mulalah nak berkongsi masalah rumah tangga. 
"I'm so stressed at home. My wife.. bla.. bla.. bla.." 
Lama kelamaannya, terjatuh cinta. Padahal si perempuan ini tahu yang lelaki ini adalah hak orang lain. Tetapi dia peduli apa? Kebahagiaan diri sendiri comes first. Si minah kahwin-kahwin ini fikir mungkin ini adalah 'jodohnya' yang telah Allah tetapkan. 
Selepas itu, mulalah buat projek. Dah hilang rasa takut dan malu kepada Allah yang tengah memerhatikan mereka, pada malaikat yang sedang sibuk catit segala maksiat. 
It's so easy untuk perkara ini terjadi these days. Dah terlalu banyak cerita yang kita dengar tentang skandal di tempat kerja. Jadi, macam mana nak mengelakkan perkara ini dari terjadi? I don't think we can avoid this.
Aku pernah fikir mungkin sebab pasangan GF/BF ini tidak takut kepada Allah, sebab itu mereka menipu/mengkhianati pasangan masing-masing. Tapi lama kelamaan, aku tengok yang 'ada agama' pun dua kali lima dol. Jadi, nak cakap macam mana? Apa puncanya? 
Actually, aku personally think that masalah ini cuma ada satu root cause and that is, dua manusia yang tak ada akhlak. Terlalu mengikutkan nafsu sehingga dah tak boleh menggunakan kepala otak. And then again, we are talking about people yang tidak menjaga batasan mereka sebagai suami/isteri orang. 
Si perempuan, bila dah tahu itu suami orang, tak payah nak giggle macam monyet sangat bila dia buat kelakar. Be profesional walau lelaki itu handsome macam mana pun, ingat itu suami orang. Tak payah try, kawal diri dan ada perasaan malu sikit. Suka ke kalau orang giggle tak tentu pasal dengan suami kau nanti? Stop throwing youselves at married men or any men at all. Jangan takut sangat tak kahwin sampai nampak mana-mana lelaki yang lalu, mula nak mengenyam. 
Si lelaki, sedarlah diri itu sudah berkahwin dan buat cara sudah berkahwin. Dari kau melayan perempuan di luar, baik kau balik awal tolong jaga anak sementara isteri masak makan malam ke apa. Kerja rumah banyak yang kau boleh tolong. Kalau kau lelaki yang baik, kau akan busy sangat selepas kahwin. Tak payah nak over sangat puji-puji perempuan lain. Apa yang dia ada, isteri kau pun ada. Sama saja. 
Ittaqullah. Fear Allah.
Si isteri, if this happens to you, buat istikharah and make a good decision. Life is too short untuk berendam air mata. Ini bukan era Kasim Selamat lagi. Sebab itu it is very important for us ladies untuk belajar berdikari. Earn you own money, have some savings. Jadi, kalau dia buat hal, you have other alternatives dan tak payah sakit hati nak kena menghadap muka 'tak bersalah' dia hari-hari. It's not your fault that he cheated on you. Dan aku kenal few ladies yang keeps on forgiving their cheating husbands. Aku tak tahu kenapa, they have their own reasons. 
Terserah kepada masing-masing. Siapa nak maafkan, maafkan. Siapa nak walk away, please run. Terlalu ramai ladies yang stay in the marriage sebab takut mereka akan bersendirian selepas bercerai. "Macam mana dengan nasib anak-anak? Biar aku menderita, janji suami boleh terus dengan perangai busuk dia dan anak-anak tetap ada bapa.". Jadi, apa perangai merepek suami dia buat, dia 'bersabar' saja. 
Tak ada istilah:
  • "Isteri tak pandai melayan"
  • "Isteri asik membebel. Bingit"
  • "Isteri gitu.. isteri gini"

Semua orang ada flaws. Jadi stop it with the blaming games. Cheating is a choice. It's not a mistake. Tak ada 'ter...' 'ter...'. 
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
-Sura Al-Isra', Ayah 32
Nak berpoligami, bukan ini caranya. Ini dah buat maksiat, dah buat anak, nak step ikut sunnah pula.  
Innalillahi wainna ilayhi rojiun. Semoga Allah SWT melindungi kita dari zina dan menjaga kita dari perangai suka mengambil hak orang. 


Sumber Tempat kerja adalah tempat untuk mencari rezeki, bukannya tempat untuk menggatal

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pIfrQg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.