Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia, temui lebih 900 bahan pornografi dalam laptop dan telefon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia, temui lebih 900 bahan pornografi dalam laptop dan telefon

Padah membawa bahan pornografi dalam bentuk gambar dan video kanak-kanak, seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Khamis lalu, lapor Harian Metro. 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) semalam memaklumkan, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas pegawainya menemui sejumlah besar bahan pornografi tersebut ketika menjalani pemeriksaan ke atas barangan miliknya ketika sampai di lapangan terbang itu dari Kuala Lumpur. 
"Kita menemui lebih 900 gambar dan video berkaitan eksploitasi seks kanak-kanak yang tersimpan dalam komputer riba dan telefon bimbitnya. 
"Lelaki berkenaan didakwa mengikut undang-undang Mengimport Tahap 2 Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901," kata kenyataan itu. 
Jika disabit kesalahan kerana mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi tersebut, tertuduh berdepan dengan hukuman penalti maksimum AUD180,000 (RM542,990) atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 
Suspek direman sehingga 29 Jun dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne dalam masa terdekat.


Sumber Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia, temui lebih 900 bahan pornografi dalam laptop dan telefon

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gc3ayR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.