Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tsunami kecil’ cukup untuk PH menang, kata bekas adun MCA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tsunami kecil’ cukup untuk PH menang, kata bekas adun MCA

Bekas adun Subang Jaya itu berkata, parti baharu seperti Amanah dan PPBM mempunyai peluang baik pada PRU14.
PETALING JAYA: Bekas pemimpin MCA, Datuk Lee Hwa Beng tidak bersetuju dengan mereka yang menolak idea “tsunami Melayu” akan berlaku pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerana situasi sama pernah terjadi sebelum ini.

“Jangan hanya lihat pada jumlah pengundi Melayu, tetapi pertimbangkan mereka yang akan mengundi di kawasan berlaku pertandingan 3 penjuru.
“Pada 1995, ia berlaku apabila PAS berjaya menarik pengundi Melayu.
“Tetapi, antara Barisan Nasional (BN), PAS dan PPBM, mereka akan undi PPBM, khasnya di kerusi marginal,” katanya kepada FMT.

Dalam sebarang keadaan, Lee berkata, PH hanya memerlukan “tsunami Melayu” kecil di Semenanjung untuk mendapat kelebihan.
Bekas adun Subang Jaya itu berkata, kerusi MCA, MIC dan Gerakan juga goyah, lebih-lebih lagi selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Tanpa MCA sedar, persempadanan semula mengambil sebilangan sokongan pengundi Melayu mereka.
“BN sedia berbuat demikian kerana tahu MCA tidak mampu memenangi lebih 5 kerusi. Kerusi yang MCA mampu pertahankan ialah Bentong, Tanjung Malim dan Batu Gajah. Di Ayer Hitam, DAP mempunyai peluang baik.”
Katanya, parti baharu seperti Amanah dan PPBM mempunyai peluang baik di kawasan bandar serta luar bandar.

Bagi Amanah, beliau berkata, calonnya adalah tokoh penting: Presiden Mohamad Sabu, Pengerusi Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
“Kerana mereka semua berada di kawasan bandar, walaupun ada kawasan di mana Amanah akan berdepan pertandingan 3 penjuru, ia mampu memenangi kerusi itu,” katanya.

Bagi PPBM pula, Lee berkata, majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar akan menerima Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun beliau bertanding di bawah tiket PKR.
Walaupun PPBM tidak boleh bertanding menggunakan nama dan logo parti itu, katanya, pengundi Melayu di kawasan bandar tidak naif seperti tanggapan orang lain.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini menafikan spekulasi mengatakan Dr Mahathir dan PPBM akan mencetuskan tsunami Melayu yang memihak kepada pembangkang pada PRU14.
Kemungkinan tsunami Melayu, seperti tsunami India pada 2008 yang didorong kemunculan Hindraf pada tahun sebelumnya, hangat dibincangkan pemimpin kedua-dua belah parti politik.

Ramai pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin MIC serta MCA, percaya Dr Mahathir mampu mencetuskan tsunami Melayu yang akan menarik sejumlah besar undi Melayu menyokong pembangkang.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qdoGrO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.