Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua Sami Berikrar Serahkan Jasadnya Kepada Um Supaya Organnya Dapat Digunakan Dalam Bidang Perubatan Dan Sains, Selepas Mati.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua Sami Berikrar Serahkan Jasadnya Kepada Um Supaya Organnya Dapat Digunakan Dalam Bidang Perubatan Dan Sains, Selepas Mati..



GEORGE TOWN: Bersempena sambutan Hari Wesak hari ini, ketua sami Kuil Buddha Mahindarama di sini berikrar menyerahkan seluruh jasadnya kepada Universiti Malaya bagi membolehkan semua organnya digunakan dalam bidang perubatan dan sains, selepas kematiannya.

E Indaratana Maha Thera berkata hajat terakhir beliau adalah untuk menyerahkan jasadnya kepada dunia dan berbakti kepada mereka yang sakit serta golongan tua dan tidak bernasib baik.


"Saya lahir dan membesar dalam keluarga miskin tetapi mendapat bantuan serta sokongan yang tidak terkira banyaknya daripada orang lain. Maka, saya ingin melakukan perkara serupa dengan menabur bakti serta membantu mereka yang memerlukan bantuan," katanya.

Menurut setiausaha kuil itu, Dr Surya Dharamdass, ini merupakan kali pertama seorang sami berikrar untuk menyerahkan seluruh jasadnya sebagai sumbangan kepada masyarakat .


Beliau juga berkata sambutan Hari Wesak tahun ini cukup bermakna bagi kuil itu kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-100 penubuhannya.

"Pengunjung bukan sahaja datang ke kuil ini untuk bersembahyang kepada Buddha, tetapi juga untuk menghayati warisan peninggalan Samma Sambuddha berasal dari Sri Lanka dan India," katanya.

Mereka juga berpeluang melihat sebuah kereta berhias bertemakan Taman Lumbini, tempat kelahiran Buddha, terletak di kuil itu.


Kereta berkenaan dihiasai dengan beberapa bunga teratai yang satu daripadanya berukuran sekurang-kurangnya 3.04 meter tinggi di samping beberapa ukiran dihasilkan oleh para sami dari Sri Lanka.

Kereka berhias itu akan menyertai 19 kereta berhias lain dari seluruh Pulau Pinang dalam perarakan sejauh 7 kilometer bertemakan 'Masyarakat Harmoni Melalui Toleransi dan Persefahaman', yang akan bermula pada 7 malam ini dari premis Persatuan Agama Buddha Malaysia di Jalan Burmah dan berakhir di tempat sama.

Sumber: BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sjZEt2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.