Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama HTC U12+ – Peranti Catur Kamera Dengan Kawalan Sentuhan Haptik Pada Bingkai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama HTC U12+ – Peranti Catur Kamera Dengan Kawalan Sentuhan Haptik Pada Bingkai

 HTC U11+ dilancarkan di Malaysia pada Januari yang lalu, Ia adalah peranti pertama dari HTC dengan rekaan skrin memanjang 18:9. Minggu lalu HTC U12+ pula dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan ke atas U11+ dan fungsi yang selama ini hanya dipaparkan pada video konsep HTC Ocean yang tertiris tahun lalu. Adakah peranti konsep yang kini menjadi realiti ini dapat berfungsi sebaik baik? Adakah ia masih praktikal? Berikut ialah pandang pertama kami untuk HTC U12+.

Spesifikasi

HTC U12+
Skrin 6.0″ QHD+ Super LCD6 HDR (537 PPI)
Pemproses 2.8 x 4 + 1.7 x 4 GHz Snapdragon 845
Cip Grafik Adreno 630
RAM 6 Gigabyte
Storan 64/128 Gigabyte UFS 2.1
(MikroSD sehingga 2 TB)
Kamera Utama 12+16 Megapixel, f/1.75+f/2.6,OIS,
UltraSpeed Autofocus 2
Kamera Depan 8+8 Megapixel, f/2.0
Bateri 3500 mAh (QuickCharge 4)
Tiada sokongan tanpa wayar
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano (Talam Hibrid)
NFC Ya
Infra Merah Tiada
Sistem Imbasan Cap Jari, Wajah
Kalis Air IP 68
Harga Jualan Belum Diumumkan

Skrin 6″ QHD+ Super LCD6 digunakan pada HTC U12+ dengan nisbah 18:9 dan sokongan paparan HDR 10. Ini ialah skrin yang sama seperti yang digunakan pada HTC U11+ sebelum ini. Berita baik bagi pembaca Amanz ialah HTC tidak mengikut trend semasa menggunakan skrin bertakuk. Oleh sebab itu bahagian dagu dan dahi U12+ adalah lebih tebal dari yang ditemui pada Samsung Galaxy S9 dan Huawei P20 Pro misalnya. Untuk menjimatkan penggunaan bateri, pengguna kini diberikan pilihan mengurangkan resolusi skrin ke FHD+.

Walaupun hanya menggunakan teknologi LCD, paparan skrin peranti ini adalah cukup terang dan tajam. Warna yang terpapar juga bermaya. Satu perbezaan ketara yang yang kami sedari ialah warna hitamnya yang tidak segelap yang boleh ditemui pada skrin OLED. HTC membenarkan pengguna untuk memaparkan waran DCI-P3 atau sRGB. Sebelum ini mereka hanya menawarkan pilihan mod Vivid atau sRGB sahaja.

Skrin mungkin dikitar semula tetapi pemproses kini dipertingkat kan Snapdragon 845 yang dilengkapi cip grafik Adreno 630. Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Bagi yang memerlukan storan lebih besar, terdapat sokongan kad MikroSD sehingga 2 Terabyte. Kad MikroSD ini akan mengambil slot untuk nano SIM kedua. HTC masih belum menyertakan sokongan tiga slot untuk menyokong kad MikroSD dan dwi-SIM secara serentak.

Kamera utama sebesar 12+16 Megapixel f/1.75+ f/2.6 dengan sokongan OIS serta sistem pemfokusan UltraSpeed Autofocus 2. Sistem ini menggabungkan PDAF dan laser bagi mempercepatkan proses pemfokusan.  HTC U12+ adalah peranti pertama HTC yang mempunyai sokongan zoom optikal 2X. Ia adalah kali pertama dwi-kamera digunakan pada peranti utama keluaran mereka sejak M9+ yang dikeluarkan pada tahun 2015. Kemampuan merakam video tertinggi ialah 4K 60FPS dan gerak perlahan pula pada tetapan 1080P 240FPS.

Kamera swafoto juga berkembar dengan menggabungkan dua sensor sebesar 8-Megapixel f/2.0. Sungguhpun begitu tiada flash disertakan pada bahagian hadapan. Penggunaan catur kamera ini membolehkan gambar dengan kesan khas bokeh diambil pada kamera hadapan dan belakang.

Sedikit aneh HTC U12+ dilengkapi bateri sebesar 3500 mAh sahaja. Bateri pada U11+ sebelum ini adalah sebesar 3930 mAh. Mengapa kapasiti bateri yang digunakan lebih kecil tidak kami ketahui kerana U12+ mempunyai tubuh yang lebih tebal. Pengurangan kapasiti bateri biasanya hanya berlaku apabila peranti yang lebih nipis ingin dihasilkan. Sistem pengecasan pantas QuickCharge 4.0 disokong melalui port pengecasan USB-C namun hanya pengecas QuickCharge 3.0 disertakan dengan setiap pembelian.

Kerana penggunaan panel belakang kaca, mungkin ramai menyangka terdapat sokongan pegecasan tanpa wayar tetapi sebenarnya tidak. HTC mengatakan ia tidak disertakan kerana perlahan dan akan menambah ketebalan peranti.

Rekabentuk

Dari segi saiz, HTC U12+ adalah lebih pendek berbanding Galaxy S9 tetapi lebih tinggi berbanding P20 Pro. Kedua-dua peranti ini walau bagaimanapun mempunyai skrin yang bersaiz lebih besar.

Dwi-kamera disusun melintang pada bahagian belakang dengan lensa yang tidak terkeluar dari tubuh.

Hanya terdapat gelung logam berbentuk bujur yang melindungi kaca lensa dari tercalar.  Peranti boleh diletakkan rata pada permukaan meja tanpa sebarang masalah. Flash dwi-tona terletak di bawahnya bersama dengan sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat.

Tiga butang navigasi atas skrin terletak pada bahagian bawah skrin. Pihak HTC membenarkan sehingga lima butang diletakkan pada talam navigasi. Kedudukan kesemua butang ini boleh disusun mengikut kehendak pengguna.

Pada sisi kanan terdapat butang suara dan kuasa. Tetapi ketiga-tiga butang adalah haptik kesemuanya kerana tidak bergerak apabila ditekan. Sebaliknya apabila tekanan diletakkan pada butang, peranti akan bergetar. Ia seakan butang home pada iPhone 8 yang tidak bergerak tetapi hanya bergetar apabila ditekan sebagai tanda ia menerima input yang diberikan pengguna.

Pada awal penggunaan, harus kami akui sistem butang haptik sepenuhnya ini terasa amat aneh kerana sudah bertahun menggunakan peranti dengan butang yang bergerak. Tetapi lama kelamaan kecanggungan ini hilang. Bagi membezakan fungsi, butang kuasa mempunyai tekstur yang lebih kasar berbanding dua butang kawalan suara. Ini ialah inovasi yang unik dari HTC dan setahu kami tidak wujud pada peranti lain sebelum ini.

Ia mungkin menarik tetapi mendatangkan satu masalah kecil. Untuk menangkap gambar skrin, kombinasi butang suara dan suara tidak lagi boleh digunakan. Pengguna kini diberikan pilihan untuk merakam skrin menerusi butang pada talam navigasi, ditambat kepada fungsi Edge Sense 2 atau melakukan dwi-tap pada sisi bingkai. Kami akan bercakap dengan lebih lanjut mengenai sistem Edge Sense 2 ini di segmen lain di bawah kelak.

Pada sisi kiri pula terdapat talam dwi-SIM bersaiz nano. Ia dari jenis hibrid dan hanya satu SIM boleh dimasukkan jika pengguna menggunakan kad MikroSD. Seperti pada U11, talam perlu dicucuk dengan jarum untuk keluarkan.

Pada bahagian bawah terdapat satu port pengecasan USB-C dan pembesar suara. Tiada bicu audio disertakan pada U12+. Sistem audio stereo BoomSound sekali lagi disertakan dengan satu pembesar suara di bahagian bawah dan satu lagi pada gagang telinga.

Fon telinga U-Sonic berkepala USB-C disertakan dengan setiap pembelian. Fon telinga ini hadir dengan sistem Active Noise Cancelling. Seperti kami laporkan beberapa hari yang lalu, kali ini  penyesuai USB-C ke bicu audio 3.5 mm tidak disertakan dengan setiap pembelian. Sebaliknya hanya pembeli awal akan diberikan penyesuai ini oleh pihak HTC Malaysia.

Model yang kami terima mempunyai permukaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca lutsinar. Panel kaca ini melengkung pada bahagian sisi untuk memberikan keselesaan di dalam telapak tangan. Komponen sistem NFC dan dalaman dapat dilihat dengan jelas. Rekaan NFC tahun ini kelihatan seperti kod bar dan kurang menarik jika dibandingkan dengan gelung berbentuk bulat pada U11+. Pada hemat kami ini membuatkan U11+ kelihatan jauh lebih menarik. Tetapi soal cantik tidak cantik ini subjektif serta berbeza mengikut individu berbeza.

Seperti biasa apabila tubuh kaca digunakan, masalah permukaan yang mudah kotor akan berlaku. Kemasan yang berkilat ini memerlukan pemilik U12+ untuk membeli kerangka tahan lasak bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Sebuah kerangka lutsinar disertakan dengan setiap pembelian tetapi hanya diperbuat daripada plastik.

Sebuah lagi perubahan yang dilakukan ialah sisi yang lebih berkotak. Pada U11 dan U11+, bahagian sisinya dibulatkan bagi meningkatkan keselesaan apabila peranti digenggam. Sisi berkotak pada U12+ adalah bagi memastikan sistem Edge Sense 2 dengan sokongan sesentuh pada bingkai sisi dapat dilakukan dengan lebih mudah. Oleh itu rekaan U12+ lebih menghampiri rekaan klasik era HTC One dan bukannya siri HTC U.

Kami secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan rekaan berkotak ini trend pasaran sekarang pengguna lebih meminati peranti dengan sisi dibulatkan atas faktor keselesaan.

Satu perkara yang tidak diubah ialah kemampuan kalis air IP68 serta tiadanya bucu audio 3.5mm. Ketiadaan bucu audio pada peranti HTC kami rasakan bukan lagi kontroversi besar kerana telahpun dibuang sejak tahun lalu. Bagi yang sudah berhijrah ke dunia tanpa wayar sepenuhnya, sistem Qualcomm aptX HD dan LDAC disokong menerusi Bluetooth 5.0. Peranti ini juga mampu memainkan Hi-Res Audio bagi mereka yang mempunyai akses kepada audio beresolusi tinggi.

Sebagai kesimpulan peranti ini mempunyai saiz yang sama dengan U11+, dengan sisi berkotak seperti HTC 10 dan sistem kawalan bingkai haptik yang baru.

Antaramuka

Sistem operasi Android 8.0 digunakan dengan pelancar HTC Sense. Kustomasi pada pelancar ini adalah minima dan sebenarnya masih mengekalkan majoriti antaramuka Android Asli. Butang untuk talam aplikasi masih lagi disertakan walaupun Sense menyokong tatalan ke atas untuk melancarkannya seperti pada Pixel Launcher. Dari apa yang kami dapat lihat tiada perubahan dilakukan jika dibandingkan dengan antaramuka HTC U11+.

Kerana penggunaan pelancar yang seakan Android Asli, peranti berfungsi dengan pantas. Aplikasi dibuka hampir serta merta. Penggunaan pemproses yang berkuasa serta saiz RAM yang besar memastikan lagi kelancaran peranti ini. Sungguhpun kelihatan hampir stock, HTC masih menyertakan beberapa fungsi tambahan bagi membuatkan peranti berbaloi untuk dimiliki. Jumlah fungsi dan aplikasi terpasang masih lagi kecil jadi tiada masalah aplikasi gendut pada peranti ini.

Face Unlock – Akhirnya sokongan nyah-kunci menggunakan wajah disertakan.

HTC Sense Companion – Sistem kecerdasan buatan yang memberikan saranan mengenai waktu tidur, bila perlu memulakan perjalanan dan mengesan tahap kesihatan pengguna.

HTC U-Sonic – Fungsi automatik yang menala bunyi mengikut telinga pengguna.

Motion Launch – Sokongan gesture pada skrin seperti dwi-tap untuk menghidupkan skrin.

Navigation Bar – Meletakkan sehingga lima butang pada butang navigasi mengikut susunan peribadi.

One-handed Mode – Mengecilkan saiz skrin untuk memudahkan penggunaan sebelah tangan.

Screen Recorder – Fungsi merakam skrin dalam bentuk video.

Smart Display – Memaparkan notifikasi dan waktu ketika skrin dimatikan. Berfungsi seakan Always On Display pada peranti Samsung dan Pixel 2XL

Themes – Kustomasi antaramuka dengan tema-tema baru yang boleh dimuat turun.

Zoe Video Editor – Aplikasi yang membolehkan video disunting terus dari peranti.

Edge Sense 2

Bahagian khas ini akan membincangkan fungsi Edge Sense 2. Bagi yang kurang arif mengenainya, ia membolehkan peranti dikawal dengan menggenggam atau menekan bahagian bingkai peranti. Ia muncul kali pertama pada U11 sebelum digunakan pula pada Pixel 2, Pixel 2 XL dan U11+.

Dengan Edge Sense 2 dua lagi fungsi ditambah. Kali ini bingkai menyokong dwi tap dan mengesan ia dipegang. Bagaimana ia berfungsi kami senaraikan dengan lebih terperinci di bawah.

Double Tap – Terdapat dua zon pada bingkai yang boleh mengesan arahan dwi-tap. Apabila dwi-tap dilakukan, pelbagai fungsi boleh diprogramkan seperti mengambil rakaman skrin, melancarkan Edge Launcher, menghidupkan hotspot dan banyak lagi. Namun tiada sokongan untuk melancarkan aplikasi dibenarkan di dalam Double Tap.

Hold – Apabila bingkai mengesan ia dipegang, ia boleh diprogramkan untuk tidak mematikan skrin selepas tetapan screen timeout dan menghalang skrin dari berputar apabila pengguna menggunakan peranti secara mengiring.

Squeeze – Tubuh peranti boleh dipicit bagi melancarkan aplikasi seperti Google Assistant atau kamera. Aplikasi yang ingin dilancarkan boleh dipilih oleh pengguna mengikut kehendak peribadi.

Squeeze and Hold – Sokongan kawalan sekunder sama seperti Squeeze yang turut boleh diprogramkan mengikut kehendak peribadi.

Sampel Gambar

Menurut DXOMark, kamera HTC U12+ adalah yang kedua terbaik di pasaran di belakang Huawei P2o Pro. Sejauh manakah kegemaran markah tinggi yang diberikan ini? Berikut ialah beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan mod auto pada telefon pintar ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilai kualitinya sendiri.

 

Kesimpulan

Dengan HTC U12+, HTC sekali lagi menghasilkan peranti dengan fungsi unik yang tidak ditemui pada peranti lain. Peranti konsep HTC Ocean yang dahulunya fantasi kini wujud di dunia sebenar. Di atas kertas peranti ini mempunyai spesifikasi yang setanding dengan peranti-peranti utama yang lain. Pemproses paling berkuasa dipadankan dengan memori yang besar, storan yang mencukupi serta skrin memanjang tanpa takuk. Ketiadaan takuk ini adalah berani dari pihak HTC kerana tidak mengikut trend pasaran semasa.

Kami baru menggunakan peranti ini selama dua hari. Dalam tempoh yang pendek ini kami cukup berpuasa hati dengan skrin yang tajam dan jelas walaupun hanya berteknologi LCD. Peranti berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sistem Edge Sense 2 menambah beberapa lagi fungsi menarik ke atas sistem yang kami rasakan tidak dihargai sepenuhnya pada tahun 2017.

Sokongan dwi-tap pada bingkai adalah yang paling kami sukai kerana dengan mudah boleh digunakan untuk merakam skrin, melancarkan lampu suluh dan pelbagai lagi aplikasi. Ia lebih mudah digunakan dari aksi genggaman yang digunakan sebelum ini.

Pada waktu yang sama penggunaan butang haptik sepenuhnya adalah sedikit aneh pada awalnya. Kami sudah biasa menggunakan sistem haptik seperti ini pada iPhone 7 dan 8 yang mempunyai butang home yang tidak bergerak. Oleh itu tempoh membiasakan diri kepada butang suara dan kuasa haptik ini adalah pendek bagi kami tetapi mungkin berbeza bagi anda.

Proses ulasan masih sedang dijalankan bagi menguji kesemua kemampuan peranti. Nantikan ulasan penuh HTC U12+ dalam masa terdekat. Di Amerika Syarikat peranti ini dijual pada harga sekitar $799 (~RM 3180) sebuah. Harga jualannya di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sqsxmB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.