Hi! Welcome Back and Stay Tune! SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN?

SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN? Kuba guling atau Kerbau guling atau kat utaqa kami panggil kerbau berkubang. Alah berkubang tu contoh kerbau mandi lumpur la. Kerbau kan suka mandi lumpur sebab tu kulit dia licin tanpa jerawat. hangpa nak kulit licin pi la berkubang dengan kerbau tu.


Semenjak puasa ni viral nau kuih kuba guling ni. Kuih ni berasal dari Thailand & sangat terkenal dia kawasan sempadan Thailand sebab tu ada kat kelantan je. Tengok viral kemain berkerumun orang tunggu nak beli kuih kuba guling ni. Kuih dia berwarna hitam pekat kemudian di gulingkan dalam kelapa parut tak silap. Nampak macam sedap.. yelah tengah puasa taik lembu pun nampak macam dodol ye dak?

Terbaca juga resepi nak buat kuih kuba guling ni.. Antara bahan yang di gunakan adalah air arang tempurung kepala. tempurung tu di bakar sehingga jadi arang kemudian di campur serbuk arang tu dengan air. Air tu di jadikan salah satu bahan untuk menghasilkan kuih kuba guling yang hitam manis.. hitam manis yang hitam manis pandang tak jemu pandang tak jemu.. Ops.. sorry ternyanyi pulak.

Sumber Google

Tapi selamatkan arang tempurung itu di makan? Mesti ramai yang terpinga tertanya.. ku dalam di lema mu (Ok baca dalam nada lagu KRU kekekeke).

dari pembacaan den la kan.. baca la kat bawah petikkan kenyataan

Ramai bertanyakan adakah abu dari tempurung kelapa ini bahaya? Jawapannya tidak sama sekali. Abu dari tempurung kelapa atau lebih dikenali dengan arang aktif ‘activated charcoal’ merupakan satu komponen yang terhasil apabila tempurung kelapa berkenaan dibakar pada suhu tinggi menghasilkan karbon. Dalam kuba guling, abu ini akan digunakan terus dalam masakan namun untuk penghasilan ubatan, abu ini akan diproses dengan suhu tinggi menjadi lebih poros. Tempurung kelapa yang dibakar juga dihasilkan sebagai ubatan yang dikenali sebagai pil charcoal atau activated charcoal. Selain itu, abu ini juga merupakan asalnya serbuk pewarna hitam yang terdapat di bakeri ketika ini. Activated charcoal juga lazim digunakan dalam pelbagai produk kecantikan seperti ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya. Sebelum viral kuba guling, ramai sebenarnya telah menggunakan activated charcoal ini untuk menghasilkan kesan hitam dalam makanan terutamanya produk bakeri/roti atau aiskrim. Produk ini popular di Malaysia dan di luar negara sebagai trend baru.
Untuk artikel penuh baca di ☛ Roof Of sciene Blog

Jadi pada yang teringin atau yang memang suka makan kuih kuba guling tu janganlah risau.. Arang tidak bahaya untuk di makan. Kalau kita kena keracunan makanan atau cirit birit pun klinik @ hospital akan bagi ubat arang juga bagi melegakan keracunan kita tu. Cuma jangan la makan secara berlebihan.. Kuih muih ni mempunyai kandungan gula yang boleh tahan nirrojim jugak. So, berpada pada je la yer.. Faktor kebersihan juga kena ambil berat. even bahan di gunakan tu selamat tapi kalau di buat secara tak bersih.. Boleh mendatangkan kemudaratan jugak ok!

Pada pengusaha kuih kuba guling yang setakat ni saya tahu cuma ada kat kelantan boleh la kembangkan pasaran hangpa ke negeri negeri lain jugak. Elok sangat tengah viral memang ramai orang cari. Ambil kesempatan ini sebaik mungkin. kekekeke

Moral of the story.. Bulan depan Insya Allah nak ke kelantan kalau terserempek dengan kuba guling boleh la try. Nak tau jugak sedap sangat ke??


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LKkeLf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.