Mila Jirin Dukung Anak Daki Gunung Jabal Nur!
Kredit foto: Instagram Mila Jirin
Penyanyi Mila Jirin menjejakkan kaki ke puncak gunung Jabal Nur, Arab Saudi yang berketinggian 642 meter sambil mendukung anaknya!
Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini menjelaskan, perjuangannya itu tidaklah mudah memandangkan anak tangga yang dinaikinya berada dalam keadaan yang semakin curam.
Mila berkata, dia yang hampir berputus asa pada awal tetap meneruskan pendakian apabila dimaklumkan ia adalah waktu melawat terakhir.
“Tak dinafikan, memang penat. Dengan berat hanya 42 kilogram dan mendukung Arif dengan berat sembilan kilogram memang terasa bergoyang dan bergetar lutut.
“Turun lebih mencabar dari naik. Walaupun ada tangga, tetapi tangganya tidak sekata dan apabila makin ke atas tangganya makin curam. Allahuakbar!
“Memang ada rasa seperti mahu putus asa tetapi disebabkan waktu melawat itu merupakan waktu terakhir untuk pelawat menziarah Jabal Nur seperti yang diarahkan kerajaan Arab Saudi, saya terus positif,” dedahnya.
Kredit foto: Instagram Mila Jirin
Kenyataan itu ditulis penyanyi Aku Lebih Tahu ini menerusi laman Instagram.
Dalam pada itu. Mila sempat menitipkan pesan kepada anaknya, Arif Zikri agar membalas pengorbanan beliau sebagai seorang ibu apabila anak kecil itu sudah dewasa kelak.
“Moga nanti Arif dah besar, Arif dukung mommy pula, naik Bukit Bendera pun jadilah,” tulisnya lagi.
Tindakan penyanyi bertubuh genit ini membuatkan ramai para pengikut berasa kagum dengan semangat dan keberanian yang ditonjolkannya.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JSZ3oD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment