Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya Dah Lama Kahwin' - Haida - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya Dah Lama Kahwin' - Haida



TEKA-teki mengenai status perkahwinan penyanyi Haida Hafiz terjawab apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya yang ingin dikenali sebagai Mr R. Namun Haida enggan berkongsi butiran lanjut. 

Haida atau Noor Haida Mohd Idris, 37, yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berkata, dia meminta maaf kerana selama ini berahsia daripada pihak media dan peminat. “Sebelum ini kalau ada rakan media bertanya mengenai kehadiran lelaki yang selalu ikut saya walau ke mana juga, saya selesa untuk tidak berkongsi.

“Malah ketika menyetai GV4 pun saya tidak bercakap perkara ini. Kalau boleh biarlah kerjaya saya ke depan. Dalam masa sama waktu itu saya nak fokus pertandingan. Saya berterima kasih kepada rakan media yang faham.

“Saya selalu cakap, sampai masa saya beritahu. Macam sekarang, saya fikir ini waktu sesuai. Sejujurnya, saya dan suami sudah lama berkahwin. Bila dan di mana, biarlah ia kekal menjadi rahsia. Tidak ramai tahu kecuali dalam kalangan keluarga saja,” katanya.

Haida yang popular menerusi lagu Zapin Usik Mengusik bersama kumpulan Senario berkata, dia tidak kisah tanggapan orang sekeliling mengenai perkahwinannya itu. “Tidak ada sebab nak berahsia sangat, cuma prinsip saya tidak mahu terlalu bercerita soal peribadi. Lagi pula sebelum ini saya tidak aktif menyanyi.

“Apabila menyertai GV4, orang kembali mengenali saya. Kebetulan ternampak pula ada pasangan bersama saya. Jadi, ia menimbulkan tanda tanya. Apa pun tanggapan orang, biarlah. Saya anggap ia seperti angin lalu. Cukup saya beritahu sudah berpasangan dan bernikah,” katanya.

Haida pernah berkahwin dengan bekas penerbit rancangan televisyen, Aminudin Yahya pada 2004 dan bercerai tujuh tahun selepas itu. Menerusi perkahwinan itu, Haida dikurniakan anak lelaki, Muhammad Al Hafiz Aminuddin yang kini berusia 13 tahun.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HUfkJq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.