“Ayah letak gambar I dalam dompet, dapat tahu masa ayah jatuh sakit”
PENYANYI Ismaliza Ismail atau Isma tersentuh hati apabila mengetahui bapanya sentiasa menyimpan gambarnya sehingga beliau jatuh sakit.
Jelasnya, dia hanya mengetahui kewujudan foto tersebut selepas bapanya sakit.
Apa yang membuatkan netizen di media sosial terharu dan tumpang simpati adalah gambar anak beranak itu di simpan dalam dompet bapa penyanyi itu.
“Ayah letak gambar I dalam dompet dia, dapat tau pun masa ayah jatuh sakit,” katanya menerusi Twitternya.
Ujarnya, dia tidak meminta apa-apa daripada orang lain mahupun peminat hanya memohon agar bersama mendoakan bapanya kembali sembuh.
Bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketujuh (AF7) ini memberitahu dalam statusnya itu, keadaan bapanya tidak boleh bergerak dan bertutur.
“Saya tak nak minta apa-apa, hanya minta semua doakan ayah kembali sembuh. Sekarang ayah dah tak boleh bergerak dan bercakap.
“Cepat sembuh ayah, kita boleh sembang macam dulu. Manalah tau ada keajaiban kan? Allah Maha Berkuasa,” katanya.
Menerusi status itu, peminat turut mendoakan kesihatan bapa Isma agar segera sembuh.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IEd1JW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment