Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Maut Ditikam Anak Kandung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Maut Ditikam Anak Kandung

Ibu Maut Ditikam Anak Kandung|Hayat seorang ibu berakhir dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak kandungnya di dapur rumahnya di Kampung RTB Bukit Canggang, Kuala Langat, hari ini.

Kejadian hanya disedari suami dan seorang lagi anak mangsa berusia 12 tahun apabila mereka pulang ke rumah selepas solat Jumaat pada jam 2.10 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Deputi Superitendan Kamalariffin Aman Shah berkata, bapa suspek mendapati anak keenam daripada 10 beradik itu tergesa-gesa berlari ke luar rumah dalam keadaan tangannya berdarah serta hanya memakai tuala.

Katanya, lelaki berkenaan cuba mengejar anaknya berusia 20 tahun yang tidak bekerja itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota polis yang tiba ke lokasi turut bergelut untuk menahan suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang berusia 50 tahun itu ditemui terbaring di dapur dengan kesan tikaman pisau di bahagian kepala,” katanya kepada NSTP.

Kamalariffin berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak yang diasuh berusia dua hingga empat tahun berada di dalam rumah itu.

“Semua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan ketika ditahan suspek dilihat seperti kurang waras, namun siasatan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

The post Ibu Maut Ditikam Anak Kandung appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NcYwAk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.