Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Siti Kasim Rahmat Untuk Malaysia, Kerajaan PH Harus Ambil Peduli” – Farouk A Peru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Siti Kasim Rahmat Untuk Malaysia, Kerajaan PH Harus Ambil Peduli” – Farouk A Peru

Kolumnis Malay Mail, Farouk A Peru menyeru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan para jemaah menteri di bawah pentadbirannya agar mengambil berat mengenai isu penahanan Siti Kasim oleh pihak polis baru-baru ini.

Menurut Farouk, Siti Kasim ialah hero zaman moden dan beliau tidak seharusnya mendapat layanan sebegini. Siti adalah rahmat bagi Malaysia.

“Sedikit manusia ada kesedaran sosial seumpama Siti Kasim. Apabila dia tolong kamu, dia benar-benar membuka pintu-pintu rumahnya untuk kamu, malah beri kamu telefon bimbit lebihan miliknya dan juga wang miliknya.”

“Dalam kes lain, beliau benar-benar menggadaikan nyawanya dengan mempertahankan Orang Asal Gua Musang menentang kerajaan negeri PAS.”

“Dia ialah hero zaman moden dan negara ini adalah dirahmati kerana memiliki Siti Kasim. Kerana inilah saya kata apa yang berlaku terhadap Siti dan kliennya, Anis Nur Izzaty Ruslan, minggu lepas sebagai suatu persendaan buruk terhadap keadilan.”

Farouk Peru juga mempersoalkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana seolah-olah tidak begitu mengambil cakna tentang nasib yang dihadapi oleh Siti Kasim.

“Bolehkah Malaysia Baru terima pencabulan ketara terhadap hak asasi manusia ini? Walaupun dengan pelbagai tweet terhadapnya, Perdana Menteri secara jelas hanya mendiamkan diri.”

“Saya bersangka baik bahawa beliau adalah terlalu sibuk atau tidak melihat isu ini di bawah bidang kuasa beliau. Walau bagaimanapun, perlu kita sedari bahawa beliau pernah mengkritik pihak berkuasa agama sebelum ini, malah sehingga ke tahap berkata, kita boleh hapuskan mereka!”

“Timbalan Perdana Menteri sebenarnya terkejut apabila diberitahu mengenai insiden ini. Beliau kata beliau tidak sedar mengenai isu ini kerana sibuk disebabkan suaminya — Datuk Seri Anwar Ibrahim — dimasukkan di hospital. Sebagai Menteri Wanita, sepatutnya beliau memikirkan suatu prosedur operasi standard bagi mengendalikan isu-isu sebegini.”

Sumber
www.menara.my



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KAf83h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.