Instagram Membatalkan Hasrat Untuk Papar Notifikasi Sekiranya Merakamkan Skrin Stories
Instagram pada awal tahun ini telah mula menguji ciri yang memaparkan notifikasi kepada pemilik sekiranya seseorang merakamkan gambar skrin pada Instagram Stories. Langkah ini dilihat untuk mengelak pengguna merakamkan gambar atau video yang dikongsikan melalui Stories – yang mana biasanya hilang selepas tempoh 24 jam.
Walaubagaimanapun, kini Instagram mengesahkan yang mana mereka membatalkan hasrat untuk memperkenalkan ciri berkenaan.
Dengan perubahan baru ini, ia mungkin mengembirakan sejumlah pengguna – dan begitu juga sebaliknya.
Perubahan baru ini hadir ke Instagram selepas mereka mula memperkenalkan perkongsian sejumlah kandungan terus ke Instagram Stories dengan mudah. Malah, pihak Facebook turut menyasarkan yang mana perkongsian melalui Stories dijangka melangkaui perkongsian di News Feed tidak lama lagi.
Buat masa ini, hanya Snapchat sahaja yang memaparkan notifikasi kepada pengguna sekiranya seseorang merakamkan paparan skrin perkongsian mereka.
Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai perubahan ini? Atau sebaliknya?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MtorDC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment