Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peruntukan gaji, emolumen YDP Agong dikurangkan 10 peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peruntukan gaji, emolumen YDP Agong dikurangkan 10 peratus

Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.
 
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata ini kerana Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara,
 
"Seri Paduka Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan Isnin.
 
Setakat semalam, jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia mencecah RM55,386,342.38.
 
Wan Ahmad Dahlan juga berkata bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Seri Paduka bertitah untuk tidak mengadakan majlis rumah terbuka di Istana Negara.
 
Anggaran peruntukan kewangan untuk majlis rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, katanya.- 11/6/2018
 
 
 


Sumber Peruntukan gaji, emolumen YDP Agong dikurangkan 10 peratus

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2t2P0Ht

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.