Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menetapkan Garis Panduan Untuk Peranti Bertakuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menetapkan Garis Panduan Untuk Peranti Bertakuk

Sewaktu Android P percubaan pembangun versi sebelum Beta 1 – Google telah perkenalkan satu fungsi untuk menguji takuk pada peranti secara maya. Kini, Google telah mengeluarkan dokumen untuk sistem operasi Android ini – dengan menetapkan garis panduan untuk para pengeluar gunakan apabila menghasilkan peranti Android.

Takuk

Dengan penetapan garis panduan, sistem operasi Android boleh berfungsi dengan baik walaupun sudah diubahsuai dengan pelbagai antaramuka yang dibangunkan oleh pengeluar. Contoh yang menjadi masalah adalah paparan notifikasi, paparan apabila menyembunyikan takuk atau juga paparan apabila dalam mod skrin penuh. Jika adanya garis panduan ini, takuk pada peranti tidak akan menjadi masalah.

Antara garis panduan yang Google tetapkan adalah:

  1. Apabila skrin peranti dalam kedudukan menegak, tiada sebarang flags ditetapkan, bar status mesti memanjang sehingga paras takuk.
  2. Dalammod skrin penuh atau kedudukan skrin melintang, paparan mestilah dalam bentuk letterbox.
  3. Tiada takuk akan kelihatan pada setiap sisi peranti termasuk atas dan bawah.

Google sudah pun mengemaskini Dokumen Definisi Kesesuaian dan boleh dilihat secara umum. Nampaknya, kehadiran skrin bertakuk akan masih lagi berpanjangan – sebelum skrin penuh seperti Oppo Find X dan Vivo Nex menjadi trend baru.

Baca: Dokumen Definisi Kesesuaian Dengan Garis Panduan Takuk Baru Di Sini



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OtBWnD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.