Papan Induk Disebalik Panel Lutsinar Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Diperlihatkan
Sewaktu Xiaomi Mi 8 Explorer Edition (EE) dilancarkan, ramai yang terkejut dan teruja. Ini kerana Xiaomi mengikuti jejak langkah HTC dengan turut memperkenalkan peranti dengan panel belakang lutsinar.
Melalui laman Weibo, seorang pengguna yang telah memiliki Mi 8 EE ini telah membuka panel belakangnya dan memberitahu kebenaran di sebalik spekulasi Mi 8 EE.
Ia sememangnya adalah komponen yang benar, tetapi ia tidak mempunyai sebarang litar elektrik atau berfungsi. Ia dihasilkan sebagai satu perhiasan bagi menampakkan panel belakang Mi 8 EE kelihatan unik dan cantik.
Spekulasi ini adalah – di mana komponen (papan induk) di sebalik panel lutsinar Mi 8 EE dikatakan palsu dan berkemungkinan hanya satu pelekat atau plastik cetakan 3D. Tetapi, selepas tular di arena web – Xiaomi mengeluarkan kenyataan menyatakan ia adalah komponen sebenar tetapi hanya sebagai perhiasan dan ia melindungi papan induk sebenar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vtlmvF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment