Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uber Menghentikan Projek Lori Swapandu Mereka – Pembangun Akan Dipindah Ke Bahagian Kereta Swapandu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uber Menghentikan Projek Lori Swapandu Mereka – Pembangun Akan Dipindah Ke Bahagian Kereta Swapandu

Projek swapandu Uber hadir dengan beberapa projek mereka tersendiri, termasuklah kereta swapandu, lori swapandu dan juga teksi terbang. Terkini, nampaknya bilangan projek tersebut bakal menurun, kerana Uber telahpun menutup projek swapandu lori mereka.

Menurut Eric Meyhofer, ketua Uber Advanced Technologies Group, projek lori swapandu ini dihentikan untuk memfokuskan tenaga kerja mereka kepada kereta-kereta swapandu dulu, yang dilihat sedang diuji di beberapa bandar di Amerika, rantau Eropah dan Asia.

Beliau juga menyatakan bahawa semua pembangun teknologi swapandu yang bekerja untuk projek lori swapandu tersebut akan diserap masuk kedalam kumpulan swapandu kereta untuk memesatkan lagi pembangunan teknologi tersebut.

Projek lori swapandu ini sepatutnya digabungkan bersama-sama dengan perkhidmatan penghantaran Uber Freight mereka, untuk melihat jika lori-lori swapandu ini boleh digunakan untuk menggantikan pemandu yang biasanya memandu jarak panjang untuk menghantar barang-barangan dari negeri ke negeri di Amerika Syarikat.

Sebuah lori yang menggunakan teknologi swapandu Uber ini pernah berjaya menghantar satu kargo minuman arak di Colorado, dan dikatakan satu permulaan baru untuk penghantaran produk melalui lori di Amerika Syarikat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LCCvxz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.