Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mungkin Hadir Dengan Sebuah Dermaga Pengecas Yang Mengubah Telefon Menjadi Speaker Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mungkin Hadir Dengan Sebuah Dermaga Pengecas Yang Mengubah Telefon Menjadi Speaker Pintar

Bersama-sama pengenalan Android P tidak lama lagi, salah satu peranti yang turut dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah Google Pixel 3. Ia merupakan telefon pintar yang hadir dan dibangunkan sendiri oleh Google – sekaligus sering hadir dengan beberapa pengoptimasian dan ciri-ciri menarik.

Terbaru, daripada penemuan kod pada aplikasi Google oleh 9to5Google, ia dilihat Google mungkin menawarkan sebuah dermaga pengecas khusus bersama-sama pengenalan Pixel 3 kelak, dinamakan Pixel Stand.

Apa yang menariknya mengenai dermaga pengecas ini adalah apabila pengguna mula mengecas peranti menggunakannya, ia boleh mengaktikfan dan mengoperasikan Google Assistant. Secara tidak langsung, ketika pengecasan, ia membolehkan anda mendapat pelbagai jawapan daripadanya seumpama sebuah speaker pintar – termasuk menyemak temujanji, bertanyakan pelbagai soalan, dan sebagainya.

Ia dikatakan sokongan Google Assistant boleh diakses ketika dihubungkan ke dermaga pengecas ini walaupun peranti adalah dikunci.

Seperti biasa, penemuan baru ini adalah berdasarkan kepada kod pembangunan pada aplikasi Google – dan tidak diketahui lagi sama ada “Pixel Stand” ini akan hadir dalam waktu terdekat atau sebaliknya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AiAn98

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.