Pemain YouTube Kini Berubah Mengikut Nisbah Skrin Video Yang Dimuat Naik
Nisbah skrin video berubah-rubah sejak kemampuan rakaman video disertakan pada telefon mudah alih. Nisbah paling popular ialah 16:9 tetapi wujud juga 4:3. 18:9 dan 9:16 sekiranya anda merakam dari posisi menegak. Selama ini pemain YouTube akan memaparkan palang hitam pada sisi video-video yang tidak menggunakan nisbah skrin 16:9. Kini pemain pada Web sudah mula mengikut nisbah skrin video asal .
Pemain berubah secara dinamik dan tiada lagi palang hitam. Menonton video muzik era 90an misalnya kini menggunakan pemain dengan nisbah skrin 4:3. Video menegak juga dipaparkan secara penuh. Perubahan pemain YouTube web ini dilakukan selepas perkara yang sama dilakukan pada versi aplikasi. Pengalaman menonton video di YouTube kini lebih sekata tanpa mengira platform.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NOhTiH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment