Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersempena Pelancaran iPhone Baru, Xiaomi Hadir Dengan Penawaran Berkas XS, XS Max Dan XR Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersempena Pelancaran iPhone Baru, Xiaomi Hadir Dengan Penawaran Berkas XS, XS Max Dan XR Di China

Apple pada minggu ini telah hadir dengan tiga telefon pintar baru yang masing-masing dinamakan sebagai iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Seperti ramai sedia maklum, ia membawakan harga yang premium – dan boleh dikatakan berkali ganda tinggi harganya berbanding produk-produk yang ditawarkan oleh Xiaomi.

Di China, Xiaomi mempunyai kaedah pemasaran mereka tersendiri, dimana mereka hadir dengan penawaran berkas yang menggunakan nama dan harga jualan yang sama seperti model iPhone berkenaan.

Xiaomi menawarkan tiga berkas berbeza di sana, iaitu berkas XS, XS Max dan juga XR.

Xiaomi XS

Berkas XS hadir dengan Mi Mix 2S, Mi Notebook Air dan juga Mi Band 3 serta fon telinga Bluetooth. Sementara berkas XS Max pula hadir dengan telefon Mi 8, Mi Notebook Pro, Mi Band 3 dan juga fon telinga Bluetooth.

Dan akhir sekali, berkas XR pula hadir dengan Mi 8 SE, Mi Notebook Air, Mi Band 3 dan juga fon telinga Bluetooth.

Dengan penawaran produk dibawah ekosistem ini, mungkin ia membuatkan pembeli yang ingin mendapatkan tiga produk iPhone baru berkenaan membuat kira-kira sebelum membeli iPhone baru. Buat masa ini, penawaran berkas bersempena produk baru Apple ini hanya terhad di China sahaja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2D0r2Ed

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.