Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Telekomunikasi Memberikan Petanda Apple iPhone XS Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Telekomunikasi Memberikan Petanda Apple iPhone XS Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan tiga telefon pintar baru, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Buat masa ini, tarikh pelancaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi – malah nama Malaysia tiada dalam dua fasa terawal pengenalan peranti berkenaan.

Namun, ia tidak bermakna pengenalan untuk Malaysia akan mengambil tempoh masa yang lama. Terkini, Digi dan Celcom telah mengemaskini laman utama mereka dan menambah gambar acah untuk iPhone XS. Malah, Digi turut menambah gambar acah iPhone XR pada laman mereka.

Digi iPhone XS

Selain daripada syarikat telekomunikasi, Lazada melalui kedai rasmi Apple turut memperlihatkan gambar acah untuk iPhone XS dan iPhone XR. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana Apple mungkin menawarkan peranti berkenaan di Malaysia tidak lama lagi.

Jikalau mengikut tahun lepas, iPhone 8 telah dilancarkan 12 September dan dijual dibeberapa buah negara bermula 22 September. Untuk pasaran tempatan, ia telah ditawarkan selang sebulan selepasnya, iaitu bermula 20 Oktober 2017. Sekiranya mengikut latar masa lebih kurang sama, kita mungkin melihat penawaran iPhone XS di Malaysia sekitar Oktober ini.

Lazada iPhone XS

Jadi, bagi anda yang berhasrat mendapatkannya, mungkin boleh menyimpan duit dan mendapatkan set rasmi tempatan apabila dilancarkan kelak – berbanding perlu mengeluarkan wang tambahan untuk versi import.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CY18kz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.