Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kita Mungkin Akan Dapat Melihat Mod Tema Gelap Pada WhatsApp Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kita Mungkin Akan Dapat Melihat Mod Tema Gelap Pada WhatsApp Tidak Lama Lagi

WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang digunakan berbilion pengguna seluruh dunia. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri menarik, namun salah satu fungsi yang diminta ramai adalah mod tema gelap untuk WhatsApp.

Mengikut desas-desus awal, kini WhatsApp telah pun memulakan pembangunan mod tema gelap ini untuk aplikasi permesejan mereka. Sekiranya benar, kita mungkin akan melihat ia diperkenalkan secara rasminya tidak lama lagi.

Dengan adanya mod tema gelap, ia akan memberikan lebih keselesaan kepada mata ketika persekitaran bercahaya malap. Pada masa yang sama, ia juga akan menjimatkan penggunaan bateri pada peranti dengan panel paparan OLED di Android mahupun iPhone.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah kita akan melihatnya. Memandangkan ciri seperti WhatsApp Sticker yang telah diumumkan secara rasminya pun masih belum kelihatan lagi, maka ciri mod tema gelap ini mungkin mengambil masa pengenalan yang lebih lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xevmu9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.