Huawei Mate 20 Lite Hadir Dengan Cip Kirin 710, Empat Kamera
Huawei telah pun sedia menjadualkan tarikh 16 Oktober 2018 untuk pengenalan telefon pintar dibawah siri Mate 20. Tetapi, lebih awal daripadanya, Huawei telah pun memperkenalkan Huawei Mate 20 Lite secara rasminya bersempena IFA 2018.
Huawei Mate 20 Lite hadir dengan skrin 6.3-inci bertakuk, dijana menggunakan cip Kirin 710, memori 4GB RAM dan juga ruangan storan 64GB.
Melengkapkan peranti ini adalah 4 kamera, dimana ia menggunakan dwi-kamera belakang 20MP + 2MP, dan dwi kamera hadapan 24MP + 2MP. Huawei Mate 20 Lite ini juga menawarkan kemudahan rakaman 480fps. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3720mAh.
Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Eropah sahaja. Secara kasar, ia boleh dikatakan menawarkan spesifikasi seumpama Nova 3i, tetapi dengan rekaan yang sedikit berbeza. Ia tidak diketahui lagi sama ada Huawei Mate 20 Lite akan dipasarkan untuk rantau Asia Tenggara ini atau tidak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MHQXoB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment