Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZTE Axon 9 Pro Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 845 Dan Skrin AMOLED HDR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZTE Axon 9 Pro Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 845 Dan Skrin AMOLED HDR

Awal tahun ini ZTE hampir pupus selepas dihalang dari membeli perkakasan dan perisian dari syarikat yang berpangkalan di A.S. Di IFA yang baru sahaja berlangsung, mereka kembali ke arena penghasilan telefon pintar selepas melancarkan ZTE Axon 9 Pro.

Peranti mercu ini hadir dengan skrin 6.21″ AMOLED FHD+ HDR bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB UFS 2.1. Kamera utama 12+20 Megapixel dengan OIS dan kamera hadapan 20-Megapixel. Bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4.0.

Axon 9 Pro juga mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan sokongan pengecasan nirwayar Qi. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang peranti. Selain daripada itu ia turut mempunyai sistem audio Dolby ATMOS. Sedikit mengecewakan ia masih menggunakan Android Oreo 8.1. Di Eropah ZTE Axon 9 Pro akan dijual pada harga Euro 650 (~RM 3112) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CamjQ4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.