iPhone XS Max Dilengkapi Dua Bateri Dan XS Pula Mempunyai Bateri Berbentuk L
Apple iPhone XS dan XS Max mula dijual semalam di beberapa pasaran utama dunia. Seperti biasa sejurus selepas dijual, iFixit sudah menyelongkar komponen dua peranti ini bagi memberikan maklumat lebih terperinci spesifikasi dan komponen yang digunakan. Tahun lalu iPhone X dilengkapi dua bateri yang disusun dalam bentuk huruf L. Bagaimana pula tahun ini?
Dari imej di atas Apple menggunakan dua rekaan bateri berbeza untuk XS Max dan XS. iPhone XS Max dilengkapi dua bateri dengan saiz gabungan 3174 mah. iPhone XS pula dilengkapi satu bateri sebesar 2658 mAh yang berbentuk huruf L. Kapasiti bateri iPhone XS ini lebih kecil berbanding 2716 mAh pada iPhone X. Sungguhpun begitu Apple mengatakan iPhone XS mampu bertahan 30 minit lebih lama berbanding model tahun lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I3DLop
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment