Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Dijangka Menawarkan Pocophone F1 Armoured Edition Di Malaysia Pada Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Dijangka Menawarkan Pocophone F1 Armoured Edition Di Malaysia Pada Minggu Ini

Pocophone F1 boleh dikatakan merupakan salah satu telefon pintar yang mencuri perhatian ramai pengguna tempatan memandangkan ia menawarkan spesifikasi menarik seperti cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan bateri berkapasiti 4000mAh pada harga sangat kompetitif, iaitu hanya RM1249.

Pocophone F1 Armoured Edition

Sejak dilancarkan, ia telah menerima reaksi positif, dan mula menjadi salah satu fokus ramai pengguna ketika mendapatkan peranti baru. Terkini, Xiaomi turut dijangka menawarkan Pocophone F1 Armoured Edition untuk pasaran tempatan seawal minggu ini.

Peranti ini dijangka diperkenalkan bersama ketika pelancaran Mi Store Sunway Pyramid yang dijadualkan pada hari Khamis, 27 September 2018 ini.

Berbeza dengan model biasa, ia menawarkan sedikit perbezaan dari segi rekaan kerangka luar, dimana ia dibina berasaskan Kevlar dan menjadikan rekaan peranti berkenaan sedikit menarik berbanding Pocophone F1 biasa.

Pocophone F1 Armoured Edition ini dijangka ditawarkan pada harga RM1599, dan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad seawal 27 September ini. Beberapa sumber awal mengatakan ia akan ditawarkan dalam variasi model 6GB RAM dan 128GB storan dan bukannya 8GB RAM seperti dinantikan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I6t2K5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.