Misteri kehilangan pendaki akhirnya terungkai...
Misteri kehilangan pendaki akhirnya terungkai... BAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh hari ini berjaya menemui seorang lelaki yang hilang ketika mendaki Gunung Singai, di sini, sejak Isnin lalu.
Stanley Kho, 22, ditemui dalam keadaan lemah di dalam gaung berbatu di kaki gunung berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata mangsa ditemui pasukan SAR kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
"Mangsa yang dalam keadaan amat lemah kini sudah dibawa keluar dan diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.
Operasi SAR yang dilancarkan sejak Isnin lalu membabitkan hampir 300 anggota pelbagai agensi penyelamat selain penduduk kampung dan persatuan pendaki.
Mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainya dibuat pada jam 4.35 hari yang sama.
Kehilangan Stanley disedari tiga rakannya yang menemui keretanya diletakkan di kaki gunung berkenaan.
Selasa lalu, mangsa menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat.
Bagaimanapun, selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi yang dihantar menerusi aplikasi Wechat itu tersasar di luar kawasan gunung berkenaan iaitu di Kampung Tanjung Poting.
Petang semalam pasukan SAR menemui petunjuk baharu apabila kesan tapak kasut selain pucuk rebung yang dipatahkan ditemui di lokasi pencarian.

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pvUxV2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment