Kuo – Pra-Tempahan iPhone XS Lebih Rendah Berbanding iPhone XS Max
Pra-tempahan untuk iPhone XS dan XS Max dibuka minggu lalu dengan peranti akan mula diterima pembeli pada 21 September. Seperti biasa angka jualan iPhone akan mendapat perhatian industri kerana mereka saban tahun memulakan trend yang kemudian menjadi ikutan pengeluar lain. Menurut penganalisa yang cukup terkenal Ming-Chi Kuo, pra-tempahan untuk iPhone XS adalah lebih rendah yang dijangka.
Pra-tempahan untuk iPhone XS Max menurut beliau adalah lebih tinggi berbanding XS Max. Walaupun harga jualannya jauh lebih mahal, ramai pembeli merasakan ia lebih berbaloi kerana saiz skrin dan bateri yang lebih besar. Pada waktu yang sama XS kelihatan terlalu sama dengan iPhone X adalah antara faktor mengapa sambutan lebih rendah dari jangkaan. Secara keseluruhan XS diramalkan akan menyumbang 10-15 jualan iPhone dan XS Max pula menyumbang 20-25 jualan iPhone pada tahun 2018.
Beliau turut berkata pra-tempahan untuk Apple Watch Series 4 adalah di luar jangkaan. Pengenalan skrin lebih besar serta fungsi baru ECG menjadikan jam tangan pintar ini berbaloi untuk dibeli. Sekiranya anda diberikan pilihan, model manakah yang ingin anda miliki?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xpwomn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment