Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wiko View2 Plus Dan Tommy 3 Plus Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM399 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wiko View2 Plus Dan Tommy 3 Plus Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM399

Wiko adalah syarikat pengeluar dari Perancis yang memasuki pasaran Malaysia sekitar dua tahun yang lalu. Mereka hari ini melancarkan dua lagi peranti baharu iaitu Wiko View 2 Plus dan Tommy 3 Plus yang jatuh ke dalam kategori mampu milik untuk pengguna yang tidak ingin berbelanja lebih.

Wiko View 2 Plus ialah peranti dengan skrin 5.93″ IPS LCD HD+ bertakuk, dijana pemproses lapan teras Snapdragon 450, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kamera utama adalah sebesar 12+5 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa. Peranti ini hadir dengan sistem nyahkunci menggunakan wajah serta menggunakan sistem operasi Android 8.1.

Wiko Tommy 3 Plus pula ialah peranti dengan skrin 5.45″ IPS LCD HD+ nirtakuk, dijana pemproses empat teras Mediatek MT6739WA, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 16GB. Kamera utama adalah sebesar 13 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 2900 mAh membekalkan kuasa. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 8.1 dan menarik sekali menyokong dwi-SIM bersaiz mikro.

Wiko View Plus 2 dijual pada harga RM559 dalam pilihan warna Supernova dan Anthracite. Tetapi ia ditawarkan pada harga RM499 dari 17-19 September menerusi Lazada. Wiko Tommy 3 Plus pula dijual pada harga RM399 dalam pilihan warn Anthracite Mirror, Gold, Bleen dan Cherry Red.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NKkLRn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.