Samsung Bakal Membawakan Perubahan Pada Rekaan Peranti Melalui Galaxy S10
Samsung boleh dikatakan mengekalkan rekaan peranti yang lebih kurang sama untuk dua siri telefon pintar mereka. Selepas Galaxy S8 dan juga Galaxy S9 menggunakan rekaan peranti yang lebih kurang sama, kini Samsung mengesahkan bakal hadir dengan perubahan rekaan yang besar pada Galaxy S10 akan datang.
Hal ini disahkan oleh CEO Samsung Mobile ketika bertemu sejumlah media dari China baru-baru ini.
Selain dari segi perubahan rekaan, Samsung juga menyasarkan bakal menawarkan Galaxy S10 dalam sejumlah pilihan warna yang menarik.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Samsung dikatakan bakal hadir dengan tiga variasi peranti dibawah siri Galaxy S10 – termasuk Galaxy S10 Plus yang mungkin hadir dengan rekaan tri-kamera pada bahagian belakang.
Samsung sering memperkenalkan telefon dibawah siri-S sekitar Februari atau Mac. Kita mungkin akan dapat melihatnya pada tempoh yang lebih kurang sama pada tahun 2019.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Nk6ewp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment