Markah Tanda Aras Razer Phone 2 Tertiris – Masih Lagi Menggunakan RAM 8GB
Baru-baru ini, Razer telah mengesahkan di mana tahun ini mereka akan hadir dengan Razer Phone 2. Kini, tertiris di laman Geekbench markah tanda aras buat Razer Phone 2. Jika dilihat pada laman ini, markah satu-teras Razer Phone 2 adalah 2026. Manakala, markah multi-teras adalah 8234.
Mengejutkan adalah, markah ini sedikit rendah jika dibandingkan dengan carta yang ada pada Geekbench. Carta tersebut masih menyenaraikan, Samsung Galaxy S9 Plus sebagai prestasi dengan satu-teras terbaik iaitu 3332. Manakala, prestasi multi-teras terbaik dipegang oleh OnePlus 6 markah 8898. Ini mungkin adalah ujian tanda aras peringkat awal. Lagi pun, markah tanda aras hanya nombor sahaja – prestasi sebenar adalah bergantung kepada penggunaan di dunia sebenar.
Laman Geekbench ini juga mengesahkan Razer Phone 2 akan dijana dengan cip Snapdragon 845 dan juga hadir dengan memori RAM 8GB. Selain itu, Razer Phone 2 juga dilihat masih menjalankan Android 8.1 Oreo.
Masih awal lagi untuk menilai peranti yang belum lagi dilancarkan. Sama-sama kita nantikan kemunculan Razer Phone 2 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wPew56
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment