AEON Wallet Kini Ditawarkan Untuk Android Dan iOS – Dompet Digital Untuk Transaksi Nirtunai Di AEON
AEON merupakan salah satu pasaraya terkemuka di Malaysia, dan mempunyai cawangan dipelbagai kawasan di seluruh negara. Terkini, dengan populariti arena dompet digital, AEON turut melancarkan penawaran mereka tersendiri dinamakan AEON Wallet.
Menggunakan AEON Wallet, pengguna boleh menghubungkan AEON Credit Card terus ke dompet digital berkenaan, dan seterusnya membuat pembayaran dengan hanya mengimbas kod QR di pasaran AEON.
Ini sekaligus memudahkan anda menyemak perbelanjaan dalam bentuk masa-nyata, selain turut memudahkan anda memantau mata ganjaran dan sebagainya dengan mudah.
Bagi anda yang aktif membeli-belah di AEON Stores, AEON Big Hypermarkets, AEON MaxValu Prime dan AEON Wellness, mungkin boleh memuat-turun dompet digital ini dan menggunakannya untuk pembayaran.
Muat-Turun AEON Wallet untuk Android
Muat-Turun AEON Wallet untuk iOS
Layari : AEON Wallet
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q2kfAy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment