Kajian Terkini Mengesahkan Teras Dalam Bumi Adalah Pepejal
Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Di sekolah kita diberitahu bahawa bahagian teras terdiri daripada teras dalam dan teras luar. Teras luar adalah cecair dan teras dalam pula adalah pepejal. Apa yang ramai mungkin tidak tahu ialah teras dalam adalah pepejal hanyalah teori yang sebelum ini tidak diterima oleh semua.
Namun kajian terkini yang dilakukan di Australia National University (ANU) mengesahkan teras dalam bumi adalah pepejal dan mengesahkan teori berusia 80 tahun ini. Kajian dilakukan oleh Profesor Hrvoje Tkalčić dan pelajar Thanh-Son Phạm menganalisa gelombang ricih yang dihasilkan oleh gempa bumi. Gelombang ricih yang juga dikenali sebagai “gelombang J” hanya bergerak di dalam pepejal. Mereka mengesan gelombang ini pada teras dalam bumi sekaligus mengesahkan ia adalah pepejal. Pada waktu yang sama kajian mendapati ia walau bagaimanapun lembut seperti emas.
Kajian ini menjawab persoalan mengenai sifat teras dalam bumi tetapi suhu dan usia sebenarnya masih belum diketahui. Profesor Tkalčić berharap dengan kemajuan teknologi seismologi, jawapan kepada kedua-dua soalan ini akan dapat dijawab selepas ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2POhkXu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment