Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah Nasib…Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah Nasib…Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

Sudah Nasib…Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

SEREMBAN: Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa serta-merta.



Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik, berkata penarikan semula itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) yang memberi gelaran Datuk Seri kepada Rosmah.



Beliau berkata, pembatalan dibuat selepas mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang diadakan di istana berkenaan, hari ini.
“Pengurniaan SPNS kepada Najib pada 2005 ditarik balik serta-merta mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

“Dalam mesyuarat itu juga memutuskan bahawa pengurniaan SPTJ kepada Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik serta-merta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengurniaan SPTJ itu diberikan kepada Rosmah pada 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 November 2006.

Beliau berkata, keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di negeri ini.

The post Sudah Nasib…Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PoHsuZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.