Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Disebalik TikTok Kini Bernilai Lebih $75 Bilion – Lebih Bernilai Daripada Uber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Disebalik TikTok Kini Bernilai Lebih $75 Bilion – Lebih Bernilai Daripada Uber

Tik Tok merupakan salah satu aplikasi yang menjadi kegilaan ramai pengguna muda dan remaja akhir-akhir ini, selain turut menjadi sasaran Facebook untuk hadir dengan penawaran lebih kurang sama. Ini secara tidak langsung turut meningkatkan nilai syarikat disebalik aplikasi berkenaan.

Menurut Bloomberg, Bytedance, syarikat disebalik Tik Tok kini telah menerima suntikan dana sebanyak $3 bilion, menilaikan syarikat mereka mencapai $72 bilion. Ini sekaligus memposisikan Bytedance sebagai lebih bernilai berbanding Uber (yang dinilaikan sekitar $72 bilion sebelum ini).

Bytedance turut mempunyai satu lagi aplikasi popular dibawah mereka, iaitu Toutiao – iaitu sebuah aplikasi memfokuskan penawaran kandungan berita di China. Selain itu, Bytendace juga turut telah mengambil-alih Musical.ly dan mengintegrasikannya bersama Tik Tok sebelum ini.

Suntikan dana ini, sekaligus memposisikan syarikat Bytedance sebagai startup paling bernilai di dunia, dan mendahului pelbagai syarikat teknologi lain yang beroperasi bersendirian, seperti Uber dan sebagainya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2z6yWa0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.