8 Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Kegatalan dan Keputihan Pada Kemaluan Wanita
Bab keputihan ni kalau jumpa doktor mesti dapat ubat yang sama yang letak dalam faraj , tak ada ubat lain dah walaupun kita pergi jumpa doktor banyak kali . Baik amal petua tradisi ni, zaman tok nenek kita Watson pun tak ada tapi depa tak pernah ada masalah keputihan macam kita pun 🙂
Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.
Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.
Untuk menghilangkan kegatalan pada kemaluan wanita, rawatan yang diperlukan dengan beberapa cara yang betul termasuklah:
1. ELAKKAN PENGGUNAAN FEMININE WASH
Elakkan mengunakan sabun/feminine wash.Ianya boleh menyebabkan faraj menjadi kering dan ia boleh mengubah keadaan pH yang sepatutnya normal pada faraj,hingga menyebabkan rasa gatal
2. ELAKKAN PENGGUNAAN TISU WANGI
Elakkan dari mengunakan tisu yang wangi pada faraj (tisu biasa yang digunakan untuk mengelap tangan).
3. JAGA KEBERSIHAN
Selalu amalkan mencuci faraj dari bahagian depan hinggalah ke bahagian belakang,iaitu dari lubang kencing ke bawah,dan bukannya dengan cara dari belakang ke depan.Ianya adalah kerana untuk mengelakkan dari terkena pada lubang dubur (yang mempunyai bakteria) dan dibawa ke dalam lubang faraj.
4. ELAKKAN MEMAKAI SELUAR DALAM YANG KETAT
Hindari diri anda daripada memakai dan menggunakan seluar dalam yang ketat dan sempit. pilih material yang mudah menyerap peluh supaya peredaran udara lebih mudah. Pakailah pakaian yang longgar terutama di bahagian lipatan peha.
5. PASTIKAN SELUAR DALAM SENTIASA KERING
Sentiasa memastikan pakaian dalam anda adalah kering.Pakaian terutama sekali seluar dalam yang dibiarkan lembab boleh menyebabkan masalah kegatalan.
6. KERAP MENUKAR SELUAR DALAM
Pastikan kawasan faraj kering dan sentiasa bersih manakala seluar dalam sering ditukar setiap hari,gunakanlah kain dari jenis cotton atau hypoallergenic.
7. KURANGKAN BERAT BADAN
Kurangkan berat badan jika berat badan lebih daripada berat badan normal.
8. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG MANIS
Salah satu punca vagina gatal ialah akibat gula berlebihan dalam tubuh seseorang wanita. Paras gula yang tinggi akan mengalakkan pertumbuhan ragi dalam faraj.
KESIMPULAN – Kebiasaannya rasa kegatalan pada bahagian kemaluan atau farja berkait rapat dengan masalah kebersihan. Gangguan rasa gatal yang terjadi pada vagina disebabkan oleh infeksi kulat dan juga kesan alergik.
The post 8 Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Kegatalan dan Keputihan Pada Kemaluan Wanita appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qSQUcd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment