Altimet Membuat Pelaburan Strategik Pada Aplikasi Menambah-Baik Bacaan Tajwid, Recite
Altimet merupakan salah seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah-air. Selain muzik, beliau juga turut dilihat meminati perkembangan teknologi, dan sebelum ini pernah membuat pelaburan pada perkhidmatan logistik pintar, Dego.
Kini, selain daripada Dego, Altimet juga telah membuat pelaburan pada satu lagi aplikasi tempatan, iaitu Recite.
Recite merupakan salah satu aplikasi yang membantu pengguna menambah-baik bacaan Quran. Pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma pada platform Android, dan menggunakannya dalam membuat rakaman bacaan Quran, serta memberikan pihak bertangunggjawab seperti ustaz menilai dan memberikan komen untuk menambah-baik bacaan pengguna.
Menurut Altimet, atau nama sebenar beliau, Ahmad Abdul Rahman, pelaburan ini telah dilakukan sejak daripada bulan Oktober 2018 yang lepas. Nilai pelaburan tidak diumumkan.
Buat masa ini, Altimet mengatakan akan lebih memfokuskan kepada Recite kerana potensi aplikasi berkenaan yang sangat besar. Selain di Malaysia, Recite juga turut beroperasi di Indonesia.
Muat-Turun Recite untuk Android
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2H4MeuD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment