Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lily Adalah Pembesar Suara Pintar Yang Mendidik Pengguna Bertutur Bahasa Cina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lily Adalah Pembesar Suara Pintar Yang Mendidik Pengguna Bertutur Bahasa Cina

Pembesar suara pintar kebiasaannya digunakan untuk mengawal peranti berhubung dan atau memudahkan urusan harian pengguna dengan memberi peringatan, penggera, memainkan muzik atau juga membaca notifikasi. Pernah atau tidak anda rasa yang fungsi-fungsi pada pembesar suara pintar sebegini sudah klise?

Jika ya, pembesar suara pintar Lily akan mengubah persepsi anda tadi. Lily bukan pembesar suara pintar biasa, tetapi mampu mengajar pengguna untuk bertutur dalam bahasa Cina. Pembesar suara ini menggunakan teknologi Bluetooth 5.0, menyokong pelbagai format audio dan dijana dengan Cortex-A7. Ddari segi rekaan ia kelihatan seperti sebuah robot. Permukaan di bahagian ‘kepala’ adalah seakan Google Home dengan panel sesentuh dan lampu LED. Kemasan pada bahagian badan pula adalah fabrik seperti Apple HomePod atau siri Google Home.

Apa yang menarik pada Lily adalah ia mempunyai kemampuan terjemahan masa nyata, perbualan interaktif dan bermain permainan. Pembantu maya pula adalah yang tersendiri, ia turut mempunyai aplikasi untuk mempelajari karakter bahasan Cina, persediaan peperiksaan, dibangunkan khas untuk privasi dan mempunyai kualiti audio yang tinggi. Berikut adalah antara senarai ciri/fungsi pada Lily.

Setiap arahan yang dilakukan, Lily akan menjawab/membalas dalam bahasa Cina. Pengguna turut boleh bertanya kepada Lily bagaimana untuk menterjemah, bagaimana untuk menyebut perkataan/ayat dalam bahasa Cina dan banyak lagi perkara yang akan membantu pengguna untuk mahir dalam bahasa Cina.

Lily dihasilkan dengan kerjasama daripada pekerja/jurutera/profesional lain yang terlibat dengan Baidu, Samsung, Huawei, Google, Tencent dan Intel. Lily boleh didapatkan melalui laman biayasama Indiegogo dengan tanda harga dari $149 (~RM610) sehingga $599 (~RM2453) sahaja. Lily mungkin akan sampai kepada pembeli bermula bulan Mac kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2M8L28I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.